Salammusik- Pusaka

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 25, 2021

Salammusik - PUSAKA

 Assalamualaikum dan selamat malam semua sahabat-sahabat. Pada malam ini Naim ada satu lagu sangat menarik untuk dikongsi bersama-sama dengan rakan blogger. Lagu ini dari Salam Musik yang bertajuk Pusaka. Sebuah lagu tema yang dihasilkan untuk sebuah dokumentari bertajuk ‘Pusaka kita maruah kita’. Lagu ini diinspirasikan oleh seni mempertahankan diri iaitu silat. Semoga warisan tradisi ini akan terus kekal menjadi kebanggaan bangsa kita

Susunan lirik sangat menarik sekali dengan gaya bahasa melayu tradisional . Bukan mudah menghasilkan sebuah lagu yang penuh madah bersastera ini. Jelas sekali Salam Musik telah menghasilkan satu karya sangat baik sekali.  Tapi, masyarakat muda kurang minati lagu bergenre seperti ini boleh lihat views hanya 81,373.

Jom kita layan lirik berserta video klip

LIRIK


Sirih dijunjung, sirih pinang
Keris disarung bertanjak songsang
Adat dijunjung, pusaka dikenang
Yang benar telah datang
Yanng batil telah lenyap
Yang indah hanya bahasa
Yang baik hanya budi
Pusaka kita maruah kita

Hey
Siap siaga telah tiba waktunya
Dihunus kemas biar pada paksinya
Berpantang maut bila tiba ajalnya
Susun diatur orak terus langkahnya

Andai dicari teman yang lama
Usah diikut jiwa yang membara
Kita beradab teras berukun lima
Tiada terbuai dunia yang lara

Disisip rapi sempurna disarung
Luk ditempa jiwanya beralun
Datang berajat ingin berkunjung
Dijamu tajam simata beralun

Berbudi sudah disambut bahasa
Memberi sudah ia merasa
Maruah dijaga manapun dibawa
Pusaka ini terus bernyawa

Sirih dijunjung, sirih pinang
Keris disarung bertanjak songsang
Adat dijunjung, pusaka dikenang

Silam tidak lagi nampak terang
Nyalakan pelita malam ini kemenyan keudara
Berani mengambil langkah masuk gelanggang
Mengelak menepis bila diserang
Mahupun ramai ataupun sorang
Dihadapinya dengan tenang
Budaya dibela dijaga rapi
Adat istiadat menjadi saksi
Ikhtibar pendekar telah disemadi
Arang ditiup menjadi api

Yang benar telah datang
Yanng batil telah lenyap
Yang indah hanya bahasa
Yang baik hanya budi

Yang benar telah datang
Yanng batil telah lenyap
Yang indah hanya bahasa
Yang baik hanya budi

Sirih dijunjung, sirih pinang
Keris disarung bertanjak songsang
Adat dijunjung, pusaka dikenang
Yang benar telah datang
Yanng batil telah lenyap
Yang indah hanya bahasa
Yang baik hanya budi
Pusaka kita maruah kita

VIDEO



SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Hanif
    Saya ingin bertukar link dengan rakan-rakan blogger semua
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    https://shopppermaniac.blogspot.com/2021/10/jom-tukar-bloglist-shoppermaniac.html
    JOM TUKAR BLOGLIST
    Blog saya ialah berkisar tips memasukkan bisnis online dan link kedai Shopee ke website

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Ya.. :). Salammusik selalu membawa irama melayu asli. :)

      Padam
  3. Sedap lagu dia. Salam musik memang lagu dia sedap didengar. Ada unsur Melayu dan dicampur rap

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS