Sebaik Zikir Dan Doa

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 15, 2021
 
Sebaik Zikir dan Doa
kredit Facebook EasyBakeLab



Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Di pagi jumaat yang barokah ini , marilah kita banyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad semoga Allah kurniakan kebaikan kita pada hari ini. Dan kaum Adam jangan lupa sunnah-sunnah Hari Jumaat ya. Jangan lupa pergi Solat Jumaat.

Malam tadi,  di dalam satu rancangan televisyen swasta Astro, channel mana Naim tak ingat, Ustazah Asma Harun telah menukilkan satu hadis seperti bawah ini  iaitu :-


Daripada Jabir r.a, Nabi s.a.w bersabda:

"أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الْحَمْدُ لِلَّهِ"'

Sebaik-baik zikir adalah kalimah Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah. [Jami' at-Tirmizi, Kitab ad-Da'awat, no: 3383, At-Tirmizi berkata: Hasan Gharib]

Kalimah Syahadah acapkali kita ulang-ulang di dalam kehidupan seharian iaitu tiap kali Solat iaitu semasa Tahiyat Awal dan Tahiyat akhir. Kita bersaksi Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Pesuruh Allah. Kenapa kita acap kali mengulang kalimah syahadah ini? Asbab kita tak lalai dengan apa sahaja mendatang dan hanya Allah Maha Besar dan tiada mampu menandingi kekuasaan Allah.

Kalimah ALhamduillah menjadi doa kerana pabila orang bertanya khabar kepada diri kita, dengan spontan kalimah ALhamduillah di jawab di selang dengan berkata sihat. Dua kalimah ini sangat bersesuai dengan kita semua berhadapan suasana agar getir dengan cabaran kehidupan dan endemik Covid-19 ini. Jangan berputus asa dengan ALlah . Jika kita jaga ALlah, Allah pasti akan menjaga kita. Insha Allah. Yakin kepada Allah adalah cabang iman kepada kita sebagai hamba .

Di dalam bulan Maulid Nabi, marilah kita banyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad, semoga dengan berselawat ini dapat menambah kecintaan kita kepada Kekasih Allah, baginda Nabi Muhammad yang kita sayang. Semoga di akhirat kelak, Allah memberi keizinan kepada kita menatap wajah Baginda Nabi Muhammad. Insha Allah.


SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Nak-nak dibulan kelahiran kecintaan kita..perlu lebihkan selawat keatas Baginda. Semoga kita semua mendapat syafaatnya kelak

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian. MAri kita sama-sama amalkan

    BalasPadam
  3. Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua... Insya-Allah..Amin.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah blog tuan dah dalam bloglist di blog saya ya.
    Amalan yang mudah berzikir dan berdoa..hanya padaNya kita pohon kebaikan rahmat

    BalasPadam
  5. perkongsian yang sangat bermanfaat

    BalasPadam
  6. Ucapan Alhamdulillah tanda syukur tapi bersyukur tidak semudah yang disangka.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS