November Bakal Berakhir

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 29, 2021

kredit https://www.momoftwolittlegirls.com/


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua di dalam peliharaan Allah. Pada waktu sama, pakat jaga diri di musim hujan dan covid-19 masih aktif. Jika keluar ,pastikan kita memakai mask. Kerana virus ini tak nampak dan semoga Allah menjaga kita semua.


Pagi ini hanya bercoloteh santai sahaja kerana idea masih tidak datang . Rasanya  pada bulan ini Naim kurang update kerana kekangan idea yang masih terbeku di minda ini.Kekadang cemburu dengan rakan-rakan blogger yang lain kerana setiap hari mereka akan update dengan pelbagai tajuk dan setiap perenggan di isi maklumat dan seronok membaca.


Kekadang Naim termenung seorang diri dan melihat keadaan dunia dengan pelbagai ragam dan tata cara yang membuat diri makin 'menggila' .Dengan suasana politik itu menjadi batu lonjatan yang mereka suka dengan cara tersebut. Apa yang membimbangkan Naim akhir-akhir ini budaya tidak beradab dengan guru. Jika tidak silap Naim, sejak pdpr secara online membuat pelajar-pelajar menipu  di dalam membuat kerja rumah.

Pabila Naim membaca posting itu di Facebook baru-baru ini membuat Naim rasa generasi sekarang sudah hanyut dengan budaya dan adab terhadap guru-guru mereka sendiri. Cakap kurang ajar memang tidak boleh walhal kita berada posisi yang benar. Kerana ilmu ini sangat sensitif kepada adab seseorang pelajar tersebut.Ada group telegram  yang 'membantu' mereka yang ingin menipu kerja rumah dan mengganggu sesi pembelajaran online. Naim terpaku melihat gelagat generasi sekarang sudah celaru.

Itu satu bab, manakala dunia Tiktok makin parah dengan membuat konten sampah sampai menjadi satu trend di Malaysia. Sebelum ini Naim pernah mengutarakan  kerisauan Naim dengan budaya prank menjadi konten sampah ini menarik minat golongan yang sedang membesar dewasa.Prank kena tangkap basah, prank mengandung. Apakah semua ini ! Kita bukan orang barat kita orang Timur kaya dengan adat resam ketimuran.

Otak makin tepu melihat mereka berjoget di hadapan kamera kemudian di upload di media sosial dengan pakaian ketat, sendat hatta menampakkan aurat . Jika lelaki tegur mereka, mula mereka melanting akan tetapi Islam telah mengajarkan kepada kita semua jika nampak kemungkaran cegah dengan tangan , lisan dan selemah-lemah iman  adalah dengan hati. 

Lagi satu masalah sekarang, budak lelaki pun sama naik berjoget di Tiktok. Makin masalah generasi muda Islam sekarang. Fitrah mereka bercelaru jika tidak di bendung. Mereka nampak hiburan mampu melegakan jiwa mereka , Akan tetapi , mereka telah rosak dengan hiburan melampau. Islam tidak melarang untuk berhibur tetapi ada batas dan hak syariat dia.

Sebenarnya jiwa dan perasaan rasa geram dengan generasi muda lebih terpengaruh budaya-budaya luar dan di bawa masuk ke Malaysia. Ini akan membuat generasi ini makin rosak sehari demi sehari. Kita tidak mahu generasi akan datang membuat negara Malaysia makin rosak dengan budaya songsang yang membinasakan nusa dan agama kita, Agama Islam.

Peranan ibu bapa kena sentiasa memantau anak-anak . Biarlah orang kata ibu bapa kuno. Kuno demi menjaga kehormatan dan kesucian anak-anak kita daripada noda-noda dunia yang semakin mencabar akibat kealpaan kita sendiri. Semoga Allah memelihara kita semua daripada segala musibah dan penyakita yang ada di atas muka bumi ini. 


SHARE 11 comments

Add your comment

  1. semakin sukar mendidik generasi muda zaman sekarang. lagi-lagi bila generasi yang sepatutnya lebih matang pun tak tunjuk contoh yang baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, suasana sudah berbeza dan risau dengan anak-anak buah sedang membesar ini . huhu

      Padam
  2. betul tu... yang buat konten satu hal..kita yg menonton ni pun sama naik terleka..haha..hadoii

    BalasPadam
  3. Anak-anak sekarang banyak yang bercita-cita nak jadi Ytubers & Tiktokers. Memang boleh buat duit & masyuk. Tapi kalau salah caranya. Tetap dikira salah.
    Suka juga Tiktok, tapi hanya untuk perkara2 yang berilmiah sahaja. Joget2 gedik2 memang akak tak suka.

    BalasPadam
  4. masa sangat cepat berlalu...macam tidak terkejar oleh kita semua

    BalasPadam
  5. tulah,perbezaan zaman dan generasi memang macam tu,kita kena sentiasa update atau ambil tahu, tapi tulah,risau juga tengok budak sekarang,mujur saya belum kahwin lagi

    BalasPadam
  6. Dulu TikTok digunakan sebab nak buat video kreatif dan guna filter bagi lawa video. Tapi sekarang ramai yang macam salah guna sebab nak upload video macam zaman Keek dulu. 😌

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS