Contest Bersama Blogger Sempena Birthday Kak Ina

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 06, 2021

 


Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Alhamduillah pada malam ini Naim join satu contest dari rakan blogger baharu dikenali sebagai Kak Ina.


Baiklah kita sambung , Naim ternampak entri terbaharu dari Kak Amni tentang Contest Sempena Birithday Kak Ina ini. Contest ini bermula pada 30 November hingga 30 Disember 2021 . Ada masa untuk rakan-rakan blogger untuk join bersama-sama Naim, boleh klik pada banner di atas untuk terus blog Kak Ina ini. Insha Allah. Di samping itu kita boleh menambah kenalan baharu di dunia blogging dan boleh mengambil manfaat  setiap ilmu di blog Kak Ina sendiri.

Tidak sah jika join mana-mana Contest, giveaway dan segmen tidak ada syarat-syarat yang lengkap  contest tersebut. Baiklah , Kak Ina telah menukilkan satu syarat iaitu Menulis tentang Kak Ina atau Blog beliau https://www.ehbelogaku.com/.Jika tentang perihal Kak Ina , Naim tidak tahu sangat kerna baru sahaja kenal melalui posting kak Amni . Jika blog Kak Ina , Naim akan review ya.

Review Blog Kak Ina

Pertama kali bertandang ke blog Kak Ina, memang sangat menarik dari segi design ( template ) dan cara susunan sidebar dan bar di atas merujuk Kak Ina sangat mementing dari segi kekemasan blog. Warna blog juga memainkan peranan yang sangat besar bagi satu-satu blog. Jika terlalu terang membuat mata para pengunjung sakit mata jika terlalu malap pula menyebabkan pengunjung berasa mengantuk pula. Jika di blog Kak Ina memilik warna Putih sangat kena dengan tema blog Kak Ina sentiasa. Font tulisan pun tidak ada masalah, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Melihat pada konten blog Kak Ina ini memang menarik beberapa tag iaitu Movie dan Resipi dan menunjukkan minat Kak Ina  kepada masakan dan juga suka  layan movie dan review dari Kak Ina tidak mengecewakan jika membacanya.Sebut sahaja tentang Ghost Writer memang memerlukan skill yang tinggi dan ilmu jika hendak menulis media sosial dan cara penulisan pun kena belajar bagaimana menarik minat kepada pembaca. Anda boleh membaca pengalaman Kak Ina di dalam artikel beliau iaitu 5 Tip untuk menjadi Content Writer.

Akhir selagi, Naim ingin ucapkan selamat hari Lahir kepada Kak Ina, semoga ALlah murahkan rezeki dan sentiasa di dalam peliharaan Allah S.W.T. Amin! . Marilah kita support rakan blogger di dalam apa jua contest, segmen atau giveaway kerana kita semua di bawah satu Komuniti Blogger. hehe. Selamat bercontest semua.
SHARE 8 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS