Disember Datang Akhiri Tahun 2021

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 02, 2021

kredit https://www.pngall.com/

 
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua di dalam rahmat Ilahi . Semoga kalian semua sihat belaka dan selamat bekerja di mana anda berada sekarang. Rasa sekejap sahaja tahun 2021 bakal melabuh tirai.

Sudah berada di akhir bulan 2021 iaitu Dismner bakal berakhir dan tahun 2022 bakal menjelma tidak lama lagi. Pada tahun 2021 mencatat pelbagai sejarah  di dalam kehidupan harian. Yang pasti kita masih di dalam pasca pendemik Covid-19 yang makin aktif dan di khabar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ada variasi baharu Covid-19 sedang melanda dunia dan kerajaan Malaysia memandang serius dan menyekat kemasukkan dari negara belah Afrika.

Selama 11 bulan yang lalu kita berada suasana sangat mencabar di mana kita kena duduk rumah dengan kes melonjak tinggi pada pertengahan tahun dan seterus berlaku total lockdown 2.0 memberi kesan pada masyarakat awam. Yang menarik pada tahun ini masih beraya di dalam mood PKP yang mana kita beraya bersama ahli keluarga yang berada dalam rumah sahaja. Sungguh berbeza kan sahabat-sahabat. Naim berharap Syawal akan datang ada sinar harapan, Insha Allah.

Yang menarik pada tahun ini peralihan kuasa politik memang menarik selama 2 tahun ini tiga kali bertukar pimpinan negara dari.Yang pasti Naim harap yang berkuasa tunaikkan tanggungjawab kepada rakyat di bawah. Sepanjang tahun ini Naim banyak berfikir sejenak , walaupun wabak ini bersama-sama kita, tetapi rahmat Allah sentiasa ada kepada kita semua. Nikmat kembali ke masjid dan surua walhal dengan S.O.P yang ketat. Semoga kelak, S.O.P perlu di perbaiki oleh pihak kerajaan sedang  di kolam taman tema bersuka ria sakan yang baru-baru ini viral di media sosial. Dan terbaharu di stadium baru-baru pun sama .

Sahabat-sahabat semua, di samping yang berlaku ini marilah kita banyakkan berdoa semoga Allah memelihara kita semua daripada segala penyakit yang ada. Pada waktu sama, jagalah S.O.P walhal kita sudah lengkap vaksin. Lengkap vaksin bukan bermakna kita kebal dengan Covid-19 tetapi ia mengurangkan kekuatan Covid-19 yang datang kepada kita semua. Jika ada duit lebih belilah makanan sunnah seperti madu lebah, habbatus sauda dan amalkan di musim ini . Semoga Allah memelihara kita daripada segala penyakit dan semoga kekal sihat dengan musim sekarang ini.

Di waktu pendemik ini jangan kita terlalu stress, sentiasa berfikir positif dan sentiasa bertawakal kepada Allah. Percayalah jika kita jaga Allah dan pasti Allah akan menjaga kita kelak. Sebelum keluar rumah bacalah doa dan zikir yang boleh beramal. Mulalah setiap pekerjaan dengan menyebut nama Allah, semoga setiap pekerjaan kita di berkati oleh Allah. Sekarang musim hujan sama. Jangan kesihatan jika rasa tidak sihat lebih baik duduk rumah jangan keluar jumpa siapa-siapa. Bersamalah kita mencegah dan menghindar covid-19 ini.

AKhir kalam Naim, Naim pasti sejarah ini menarik di baca masa hadapan tetapi perjalanan ke hadapan kita tidak tahu bagaimana kita hendak hadapi. Percayalah jika kita yakim dengan Allah. Allah akan mempermudahkan segala urusan kita. Nak mencari masalah memang senang mencari jawapan itu sangat perit tetapi Allah jua memberi ilham mendapat jawapan tersebut. Asbab Allah memberi jalan kepada kita tatkala di himpit masalah. Keyword adalah sabar dan think positif always. Semoga anda semua di pelihara oleh Allah, Insha Allah! .

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. moga yg baik2 saja utk kita semua...aamiin,
    dah nak tahun baru dah...kannn

    BalasPadam
  2. tahun ni memang terasa sangat, saya hilang abang kandung.

    BalasPadam
  3. Semoga tahun depan ada sinar untuk terus bangkit semula.

    BalasPadam
  4. sekejap je dah nak abis setahun. diri pun semakin tua dan dekat dgn kematian....

    BalasPadam
  5. Salam bulan akhir sesi 2021 naim :)

    BalasPadam
  6. Ammi tak tau macam mana nak hadapi hari lahir anak dara ammi 3 minggu lagi. selalunya dia sambut sekali dengan arwah mama Ammi sebab beza tarikh cuma 3 hari. Tahun ni tak ada lagi arwah mama. Harap anak ammi tak sedih

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS