kredit Media Pahang |
Assalamualaikum semua, melihat apa yang berlaku di beberapa negeri iaitu Kuala Lumpur dan Selangor kelmarin menunjukkan kita betapa kuasanya Allah hanya mengirimkan air kepada kita semua.Setiap ujian yang datang adalah kasih sayang Allah kepada umatnya.
Allah Maha Penyasih dan Maha Penyayang terhadap umatnya mesti ada rahmat yang akan kita akan kecapi nanti. Bersabarlah wahai saudara-saudara, setiap ujian yang menimpa kita adalah salah satu Allah mengangkat darjat dan salah satu mencuci dosa-dosa kita yang kita tidak sedar. Yang mana kita, tidak di timpa ujian banyakkan berdoa kepada Allah agar Allah mempermudahkan segala urusan sahabat-sahabat kita yang sedang di uji.
Setiap ujian ini akan memberi impak yang besar, yang mana harta benda akan hilang di dalam sekelip mata sahaja. Yang mana ada kemampuan lebih , hulur bantuan seperti wang ringgit agar mereka yang di timpa ujian ini menark nafas lega seketika tatkala apa sudah berlaku kepada diri mereka.
Bersangka baik kepada Allah kerana ujian adalah tarbiyyah daripada Allah, sama ada kita ada sabar atau sebaliknya. Tatkala di timpa ujian , banyakkan berdoa kepada Allah agar Allah mengampun dosa-dosa kita. Solat jangan tinggal walhal kita di timpa musibah ini. Jika tidak ada tempat yang bersih, solat hormat waktu dan bila dah selamat, qadha balik solat yang kita tinggal tersebut.
semoga mereka yang ditimpa musibah harap dapat bersabar, saya mengingatkan diri sendiri juga sebenarnya ni.
BalasPadamBetul. Semoga apa yang berlaku ini , Allah mengampunkan dosa2 kita semua.
Padam