Giveaway Elly Matin

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 21, 2022

kredit https://www.instagram.com/official.naruto.quotes/

 
Assalamaulaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Pada hari Jumaat yang barokah ini, Naim harap semua di beri nikmat yang baik oleh Allah dan jangan di lupa banyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad. Pada ini  join satu segmen dari rakan blogger baru iaitu kak Elly.

Baru-baru ini rakan blogger iaitu Nurin ada update di dalam blog beliau berkenan segmen yang kak Elly anjurkan boleh baca di sini Giveaway Elly Matin (Nurin). Naim nampak macam menarik untuk Naim sertai segmen ini kerana yang best segmen ini tiada syarat-syarat untuk kita patuti dan mudah untuk rakan blogger untuk turut sertai. Jika sahabat-sahabat yang ingin join bersama-sama boleh klik di sini ( Giveaway Elly Matin) .

Cuba kak Elly tanya apa target anda pada tahun 2022 ini. Target utama  tahun 2022 adalah, semoga Allah mengangkat wabak Covid-19 ini dan kita kembali berada keadaan normal. Ya, wabak ini kasih sayang dari Allah kepada hamba-hambaNya agar tidak lalai dan lupa kekuasaan Allah. Cuba hati kecil berharap kepada Allah memberi sinar harapan agar Allah memberi kebaikkan kepada hamba-hambaNya. Jangan berputus asa kepada Allah kerana setiap yang Allah mesti ada hikmah yang sangat  baik kepada kita semua. Bersabar kerana terapi lebih baik ketika di beri ujian ini.

Seterusnya,moga tahun 2022 dunia blogging menjadi lebih baik sebelum ini . Kerana kita sebagai blogger mendapat idea yang fresh di dalam menulis di dalam blog ini kekadang  takut tiada orang membaca atau memberi komen apa yang telah tulis di dalam blog ini. Kekadang datang perasaan pabila menulis ada tajuk sama atau hampir sama dengan rakan blogger yang lain, takut di beri nama iaitu copy atau plagiat. 

Selanjutnya, Naim harap Allah beri lagi peluang kepada Naim agar terusnikmat berbakti kepada ibu bapa yang masih ada di muka bumi ini. Kerana Redha Allah terletak kepada Redha Ibu bapa kita. Selagi ibu bapa ada di sisi kita, terus berbakti kepada ibu bapa kita. Kerana syurga kepada kita, tanggungjawab seorang anak tidak terhenti semasa kita masih remaja atau dewasa semata-mata. Ia kekal sepanjang hayat kita. Kelak mereka menutup mata, tiada perasaan kecewa dan menyesal kerana tidak dapat berbakti semasa mereka masih ada di sisi kita.

Akhir sekali, harapan seorang hamba kepada Sang Pencipta , agar di beri kesihatan yang baik dan terus mengabdi diri kepada Allah dan menjadi hamba yang sentiasa taat kepada Allah. Maklumlah, kita sebagai orang awam, iman kekadang naik dan kekadang ia menurun selalu. Ia target yang utama pada diri ini semoga Allah memperkenankan segala hajat di hati ini, Insha Allah.

Kepada semua yang join segmen ini, Naim doakan semua urusan anda di permudahkan oleh Allah dan diperkenankan oleh Allah, Amin!

SHARE 11 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah bagus hadapan Naim.
    Semoga berjaya.

    BalasPadam
  2. goodluck Naim, semoga terus sukses dalam blogging dan jadi anak yg soleh :)

    BalasPadam
  3. Walaikumsalam Naim. Kak doakan semoga impian Niam tercapai. AMen

    BalasPadam
  4. salam.
    semoga terus rajin berblog. doakan saya gak. malas makin menjadi2.

    BalasPadam
  5. Semoga tercapai segala target dan harapan Naim tahun ni. Aaaminn...

    BalasPadam
  6. Semoga semua harapan tercapai.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS