kredit https://s3.theasianparent.com/

 Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat.  Pada pagi ini Naim doakan  semua sahabat-sahabat di dalam lindungan Allah selalu dan selalu jaga kesihatan  di zaman kes covid-19 makin meninggi ini. Insha Allah pasti Allah akan menjaga kita semua.

Pada pagi ini Naim hendak share short kuliah dari Ustaz Nazrul Nasir berkenan apa yang di lakukan oleh ibu bapa jika anak menangis.Sebut sahaja bayi menangis ini akan memberi satu perkara hendak di lakukan dengan segera walhal di kita sedang sedap di buai mimpi pun boleh terjaga dengan teriakn anak yang sedang menangis. 

Tahukah sahabat-sahabat semua, di sebalik teriakan anak-anak yang masih kecil ada benda kita tak tahu , jom kita perhati di bawah ini. Ustaz Nazrul menerangkan kepada kita semua iaitu

1) 4 bulan pertama , jika bayi menangis iaitu ia sedang mengucap kalimah tauhid, kita sebagai ibu bapa perlu mengucap sama kalimah tauhid supaya anak-anak kita sentiasa  dekat dengan kita.

2) 4 Bulan kedua , seterusnya bayi menangis kerana ia berselawat kepada Nabi Muhammad, kita pun jangan  senyap sahaja . Lazimkan lidah untuk turun berselawat kepada Nabi Muhammad agar pahala berselawat kepada Nabi mengalir kepada kita.

3) 4 Bulan ketiga , akhir sekali, bayi yang menangis iaitu mendoakan kebaikan dan pengampun untuk ibu ayah.



Oleh itu, beringatlah ibu bapa berhati-hati  berdoa yang tidak baik kepada ank-anak kita, tapi doalah yang baik agar mereka menjadi waris kita kelak yang anak yang soleh dan solehah. Insha Allah.

SHARE 4 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

2025 © Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS