Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca blog Naim ini. Naim doakan semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Agar lama tidak menulis dan hari ini Naim bermula menulis semula.
Sahabat-saahabat semua, kita sudah berada di bulan Rejab dan tinggal lagi 2 bulan lagi untuk kita ketemu dengan Ramadhan. Semoga Allah memberi keizinan kepada kita semua bertemu dengan Ramadhan. Kerana bulan Ramadhan di dalamnya ada banyak rahasia dan kelebihan kepada mereka yang berlumba-lumba beribadah kepada Allah. Dan bulan Rejab bulan latihan untuk berpuasa dan agar kita tidak terkejut.
Pada malam ini, Naim ingin share selawat Kamilah atau di kenali sebagai Selawat Tarfijiyah. Banyak kelebihan berselawat kepada Baginda Nabi, Allah bersabda siapa berselawat kepada Nabi , Allah membalas sebanyak 10 kali. Subbna Allah banyak sangat kelebihan berselawat dan kelebihan lainannya Allah memberi kemurahan rezeki dan Allah mencambahkan ketenangan kepada kita semua, Insha ALlah.
Dengan kes Covid-19 melongak tinggi, menimbulkan keresahan kepada kita semua terutama perantauan yang risau tidak dapat pulang ke kampung halaman menjelang Ramdhan dan Syawal nanti. Jangan risau, terus berdoa kerana hanya Allah kita berserah dan bertawakal kerana perancangan Allah adalah sebaik-baiknya Insha Allah.
Naim akhiri perenggan ini dengan menutup dengan video selawat Kamilah , semoga bibir kita tidak lekang memuji dan berselawat kepada Nabi Muhammad.

Subhanallah Naim, merdunya. Rasa syahdu je bila dengar. Akak memang suka dengan selawat dan nasyid camni. Teringat zaman kat MRSM, memang itulah yang selalu bermain-main di telinga.
BalasPadamAlhamduillah kak, semoga bermanfaat. :). Jangan jemu mai blog Naim selalu, Naim akan selalu up entri sebegini :)
PadamTerima kasih di atas perkongsian. Semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya
BalasPadamianya menjadi mudah ingat dan masuk kedalam otak bila ada irama..heee
BalasPadamselawat tafrijiyyah..antara selawat kegemaran. banyak kelebihannya =)