Malaysia Masuk Fasa Endemik

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mac 08, 2022

Malaysia Masuk Fasa Endemik
kredit Astro Awani

 Assalamualaikum semua, Malaysia akan masuk fasa Endemik pada bulan April ini. Ini baru sahaja di umumkan oleh Perdana Menteri Malaysia atuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Pada sidang media petang kalau tidak silap Naim. Yang pasti endemik Covid-19 ini bakal kita berhadapi bersama-sama.

Bermula pada Mac 2020 , wabak covid-19  terus menyerang bumi Malaysia dan kini pada Mac 2022 kes yang di jangkiti masih tinggi. Kita kena hidup bersama-sama dengan Covi-19. Seperti mana kita hidup bersama dengan penyakit Denggi di sebabkan nyamuk sahaja. Di samping itu, pemakaian mask  masih diwajibkan  di tempat awam dan di mana orang ramai. Oleh itu, masyarakat di luar sana jangan alpa dengan Covid-19 ia masih bahaya jika kita menjaga diri sendiri hatta keluarga tercinta. Bagaimana vaksin?  Pengambilan vaksin adalah harus oleh jumhur ulamak yang ada di Malaysia. Jika anda yang tidak mahu mengambil vaksin, diamkan diri tak perlu hebohkan di media sosial. Vaksin adalah satu ikhtiar untuk penyembuhan. Insha Allah selamat.


Memetik di laman facebook Bernama iaitu :-

 📍 Negara masuk Fasa Peralihan ke Endemik mulai 1 April.

📍 Pemakaian penutup muka masih diwajibkan. Pendaftaran kemasukan menggunakan Mysejahtera masih diwajibkan kecuali di kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan ramai.

📍 Tiada lagi had kapasiti 50 peratus bagi aktiviti berkumpulan. Namun, penjarakan fizikal sangat penting dan digalakkan.

📍 Sempadan negara dibuka semula pada 1 April.

📍 Had waktu operasi premis perniagaan dimansuhkan bermula 1 April.

📍 Solat jemaah di masjid/surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat bukan Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal mulai 1 April.

Yang paling memgembirakan umat Islam, iaitu tiada jarak  penjarakan fizikal di surau dan masjid di pada April nanti. Yang pasti bulan Ramadhan  tahun ini masjid dan surau kembali meriah untuk beribadat  kepada Allah. Alhamduillah, doa-doa rakyat Malaysia telah di perkenankan oleh Allah. Bersyukur sahabat-sahabat kerana Allah masih sayang kita. Tanda sayang ini kita beriltzam untuk beribadat kepada Allah. 

Saf Solat Di Rapatkan  April 2022
kredit Public Health Malaysia

Oleh itu, jangan kita berputus asa dengan Allah, teruskan berdoa semoga Allah mengangkat wabak ini dan terus menurunkan rahmat seperti mana hujan yang lebat membasahi bumi. Yakinlah dengan Allah adalah Maha Penyembuh, Maha Penyayang lagi Maha Pengasihi kepada hamba-hambaNya . Insha Allah, selagi kita berpaut pada tali Allah. Allah pasti menjaga kita semua. Jika berpaut pada makhluk ia  sekejap sahaja kerana mereka hanya memakan diri sahaja. Terus berpaut pada Allah.Sujud syukur ! 

Rujukan :

1) Malaysia masuk Fasa Peralihan  Endemik
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/931668/malaysia-masuk-fasa-peralihan-endemik-covid-19-bermula-1-april

2) Aktiviti  Di RUmah Ibadat Boleh  Di Laksanakan Tanpa Penjarakan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/931686/aktiviti-di-rumah-ibadat-boleh-dilaksanakan-tanpa-penjarakan

3) Public Health Malaysia
https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/3148717252084792?

4) Bernama
https://www.facebook.com/bernamaofficial/posts/337002721792481?

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. moga ramadhan kali ni kembali meriah

    BalasPadam
  2. Rindu nak kembali normal. Semoga Covid ni cepat berlalu pergi. Kalau boleh hilang terus dari muka bumi Allah ni.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS