Bazaar Ramadhan- Tempat Pelbagai Juadah Atau Kurang Pahala Puasa
kredit https://www.mstar.com.my/

 Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat semua. Sebut sahaja Bulan Ramadhan tidak lengkap dengan bazar Ramadhan. Di bazar Ramadhan menyedia pelbagai jenis makanan dan minuman. Tinggal membawa duit mencukupi sahaja.

Terfikir tak sahabat-sahabat semua, di bazar Ramadhan tempat mengakis pahala puasa secara tidak sedar. Kerana kita penat berpuasa sehari dengan berlapar dan dahaga.Pahala puasa cair dengan begitu mudah sekali. Ramai berpuasa tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna. Ada segelintir wanita mengenakan pakaian yang sendat dan ketat sehingga kaum adam gelisah melihat keadaan sebegini.

Jom dengar nasihat Ustaz Azhar Idrus



Bulan Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. Tetapi bulan tarbiah dan membentuk jati diri kepada lebih baik. Oleh itu, marilah kita memperbaiki diri masing-masing ke arah lebih baik daripada sebelum ini. Bukan semua manusia di lahirkan sudah sempurna. Ada kekurangan masing-masing, dan tidak salah untuk kita memperbaiki diri di bulan yang mulia ini. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita sama ada sedar atau tidak sedar.

Sahabat-sahabat semua di Bazar Ramadhan juga membawa kepada pembaziran makanan jika kita membeli terlampau banyak dan tidak mampu di habiskan makanan itu. Maka berlakulah permbaziran makanan dan ia bakal di buang di tong sampah. Akhirnya bukan sekali dua sahaja , sepanjang Ramadhan akan berlaku jua. Oleh itu, sebelum  pergi bazar Ramadhan catat apa yang perlu di beli, dahulukan keperluan daripada kehendak diri takut nafsu membatasi kewarasan akal waktu itu.

Akhir sekali, Naim harap kita berpada-pada pabila berada di Bazar Ramadhan kerana ia ada baik dan buruk nya jika kita berada Bazar Ramadhan ini. Semoga menerima puasa kita semua. Insha Allah.

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Lama nya x pegi bazar ramadhan ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Naim pi sekali ja, tengok keadaan ramai sangat. takut gak dengan keadaans sekarang hehe

      Padam
  2. Kadang rasa tak tau nak beli apa pun kat bazar tu. Tapi tengok orang punyalah ramai. Terfikir juga, apa yang diorng beli. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak, Naim pergi sekali sahaja. prefer gerai tepi jalan ja heeh

      Padam
  3. So far mama pergi tempat jual2 yg X ramai org Dan X crowded. Malas nak bersesak

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS