Jujurlah Peniaga Bazar Ramadhan

in , by Muhammad Naim Abdullah, April 17, 2022

Jujurlah Peniaga Bazar Ramadhan
kredit http://www.kosmo.com.my/

 Assalamualaikum semua. Baru-baru ini kecoh di mana ada peniaga Bazar Ramadhan di satu tempat tanah air Malaysia menjual makanan yang sudah basi dan mendatangkan beberapa kesakitan kepada para pelanggan.

Ini memberi kesan kepada pelanggan untuk datang semula ke Bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa. Jika kita seorang peniaga  yang ikhlas berniaga mesti jujur dan amanah acapkali berniaga sama ada cara berniaga dan cara penyediaan makanan semasa bermasak makanan tersebut . Agar tidak berlaku keracunan makanan yang berlaku baru-baru ini.

Boleh baca di sini :-




Ada satu tempat yang mana  ayam yang di beli oleh pelanggan di dapati ayam tersebut sudah berulat. Ia beerti ayam itu sudah lama atau ia sudah basi tetapi masih di jual. Dimankah tanggungjawab seorang peniaga? Jika hendak berniaga, berniaga kerana Allah bukan kerana nafsu. Pelanggan yang dapat ke gerai anda sudah berysukur kerana mereka membuka rezeki kepada anda untuk hari itu.

Pada bulan Ramadhan ini, berubah kepada lebih baik. Jika hendak meniaga makanan. Pastikan bahan-bahan mentah ini di suci dengan betul dan di simpan daripada di hinggap oleh lalat. Kerana ia akan merosakkan bahan mentah untuk niaga. Tahap kebersihan diri kena di utamakan jua. Seperti memakai sarung tangan jika memegang bahan mentah. 

Akhir sekali, jom dengar apa kata Hukum Menipu Dalam Perniagaan oleh Ustaz Azhar Idrus..

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Allah baru tau ada orang jual makanan x elok kat bazar....
    Sian nya yang dah termakan tu.. dah la kita makan dgn perut kosong...
    sekali mendatangkan penyakit plak..
    harap2 takde la yang berulang lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap macam tu kak, bahana jika mahu kaut keuntungan sahaja.

      Padam
  2. Tu la Kan kalau meniaga Tu buat la bebetul. Sebab Tu la mama masak hari2 Bulan Ramadhan ni

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS