Kadar Bayaran Zakat Fitrah Negeri Kedah 2022

in , by Muhammad Naim Abdullah, April 05, 2022

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Negeri Kedah 2022

 

Assalamualaikum. Menjelang sahaja bulan Ramadhan iaitu bulan Rahmat dan 1001 malam yang penuh cahaya dan rahmat daripada Allah. Dan  tidak lupa tanggungjawab kita seorang Muslim untuk membayar zakat fitrah di bulan Ramadhan yang Mubarak ini.


Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman  (LZNK) Telah menetapkan 3 jenis bayaran zakat fitrah bagi rakyat negeri Kedah Darul Aman iaitu :-

RM 7.00 ( Beras Super Spesial Tempatan )

RM 14.00 ( Beras Super Import, Beras Perang , Beras Pulut , Herba Ponni & Beras  Wangi )

RM 21.00 ( Beras Basmathi, Beras Jepun , Beras Merah )

Tiga jenis bayaran Zakat Fitrah kepada rakyat negeri Kedah. Bagi rakyat marhean semestinya Beras Super Spesial Tempatan kita makan dan bayaran kadar zakat bagi seorang iaitu RM 7.00. 

Lembaga Zakat Negeri Kedah telah memberi galakan untuk anda semua membayar zakat fitrah secar online iaitu di sini :-



Semoga ia memberi kesenangan kepada seluruh rakyat negeri Kedah untuk membayar zakat pada tahun 2022. Semoga Ramadhan tahun ini memberi kebaikan kepada diri kita hatta seluruh umat Islam seluruh dunia. Insha Allah.

Rujukan :-

1) FaceBook  Lembaga Zakat Negeri Kedah
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. baca ni tetiba teringat anak mama yg berada di kedah skrg ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belajar atau bekerja? Semoga beliau di dalam Jagaan Allah selalu..

      Padam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS