Ramadhan Pasca Endemik 2022

in , by Muhammad Naim Abdullah, April 10, 2022


 
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahbaat-sahabat blogger. Bagaimana Ramadhan sahabat-sahabat semua, Naim doakan semua baik-baik sahaja dan segala amalan kita buat takat 8 Ramadhan di terima oleh Allah. 

Ramadhan tahun ini lebih baik daripada dua tahun lepas di mana kita dikekang untuk beribadat asbab Covid-19 yang masih aktif. Kini fasa Endemik dan kita berdoa kepada Allah agar Covid-19 segala lenyap di muka bumi ini. Insha Allah. Solat sunat terawih di masjid-masjid dan surau kembali meriah dengan orang ramai berpusu-pusu datang untuk beribadat kepada Allah. Tanda kegembiraan setelah hampir dua tahun tidak dapat solat berjemaah dengan raf saff. Kini di beri kelonggaran, Alhamduillah satu tindakan yang bagus dari pihak kerajaan dan jabatan agama.


Pengalaman Malam Pertama Ramadhan 2022

Pada maghrib 2 April 2022 sudah masuk bulan Ramadhan yang mulia, ketika selesai menunaikan solat Maghrib terus bersyukur kepada Allah kerana Allah memberi peluang  kepada diri Naim dapat ketemu dengan bulan yang mulia bulan Ramadhan Mubarak. Tepat pukul 8.15 malam , Naim bergerak ke masjid untuk  solat Isyak serta solat sunat Terawih. Subna Allah kehadiran orang ramai untuk menyambut Ramadhan sangat hebat sekali. Asbab sebelum ini tak di benarkan solat berjemaah asbab Covid-19. Di tambah di benarkan solat berjemaah dengan rapatkan saff.

Sehingga hari ini 10 April 2022 di masjid dan surau di kawasan Naim sangat meriah orang dapat beribadat di bulan yang mulia.

Jangan sia-sia Ramadhan

Bulan Ramadhan jangan di sia-siakan dengan begitu mudah sekali asbab kita akan rugi satu tahun lagi. Jika tak di beri keizinan dengan Allah , inilah Ramadhan terakhir bagi diri kita. 

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Akak baru pergi masjid semalam untuk buka dan terawih. Memang ramai berbanding tahun lepas.
    Alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. kalau di surau rumah akak..di saf lelaki memang mereka rapat2. Tapi jemaah perempuan di belakang masih takut2 kot utk rapat. masih ada jarak.

    ammi pun jadi serba salah pulak nak rapat sbb takut dorang tak selesa

    BalasPadam
  3. Kena rapatkan kak, asbab makruh jika ada ruang .. :)

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

2025 © Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS