Assalamualaikum semua, Alhaduillah Ramadhan pun nak meninggalkan kita semua tak berapa lama lagi. Jangan terasa seronok lagi, Marilah kita check Ramadhna kita tahun ini adalah sempurna atau punah-ranah. Pada pagi mulia ini Naim akan share lagu nasyid klasik seperti sebelum ini.
Seperti biasa, tajuk nasyid ini berjudul Ramadhan Dua Zaman. Nasyid ini di popularkan oleh Kumpulan nasyid The Zikr dan di beri nafas baru oleh kumpulan Inteam dan Nazrey Johani ( Ex- Raihan. Sahabat-sahabat semua, setipa bait-bait lirik ini sangat menyentuh jiwa dan perasaan kita. Bagaimana kita menyambut Ramadhan dengan para Sahabat di zaman Rasullullah. Sangat berbeza seperti langit dan bumi. Kita sering di hidangkan pelbagai hiburan dari pagi hingga tengah malam.
Tanpa melengahkan masa sahabat-sahabat, jom kita hayati lirik dan hadam setiap bait-bait lirk nasyid ini.
LIRIK
ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza
ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman
mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu
mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa
takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga
VIDEO

Add your comment
sila tinggal kata-kata anda: