Monolog -Isi Hati Diri Ini

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 21, 2022


 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua di dalam rahmat dan lindungan dari Allah selalu. Mutakhir ini, pelbagai isu-isu semasa yang hangat di perdebatkan sama ada di media sosial hatta sembang kosong. Isu viral kian mendapat tempat masyarakat.

Walhal kisah viral tak tahu punca kesahihan cerita tersebut. Naim lihat masyarakat lebih percaya dengan berita-berita 'sampah' . Pengakhiran hanya kepada promosi  produk kecantikan dengan teknik marketing sampah seperti itu. Naim sendiri sudah muak dengan keadaan seperti ini. Kalau sahabat-sahabat bagaimana? 

Dunia kian tua dan peradaban manusia kian hanyut seperti sungai yang penuh sampah-sarap sahaja.Manakala wanita dan gadis muda melayu Islam kian tak berasa malu di hati joget di depan kamera , kemudian upload tersebut di media sosial seperti tiktok. Akhirnya maruah diri tercalar angkara diri sendiri punya angkara. Pasti cerita ini di ulang siar berkali-kali, bila di tegur bukan makin insaf , tetapi makin gedik membuat perkara bodoh.

Sebab itu, ada pepatah baru iaitu " Jangan Popularkan Orang Bodoh". Bodoh ini bukan orang tidak pandai, tetapi orang yang ada akal yang waras tetapi tidak berfikir dahulu sama ada , perkara yang akan di lakukan baik di sisi agama atau di larang oleh agama Islam. Asbab mata duitan kerna duit , ramai yang buta mata hatta buta hati. Semoga Allah memelihara iman kita semua.

Monolog lagi diri ini,  tamat!

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. yeala gunakan kuasa viral utk tujuan marleting produk..menyampah je rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul AD, Naim pun rimas dengan marketing sampah. Akhir lupa halal & haram..

      Padam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS