Selamat Hari Guru 2022- Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 17, 2022

Selamat Hari Guru 2022- Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat blogger semua. Rasanya belum terlambat Naim ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang berada di Malaysia amnya.

Sebut sahaja 16 Mei setiap tahun, kita pasti menyambut Hari Guru seluruh negara termasuk sekolah-sekolah yang ada pendalaman Sabah dan Sarawak. Besar pengorbanan guru kepada kita semua. Kerana tanpa guru siapakah kita pada hari ini. Sebagai anak murid wajib kita mendoakan kesejahteraan kepada guru sama ada masih hidup atau sudah tiada.

Tema tahun ini iaitu Guru Tunjang Sekolah Sejahtera membawa agenda , besar peranan guru di dalam mendidik anak bangsa ke arah lebih baik dan ke arah modal insan yang mendidik jiwa dan bangsa dan agama.Mutahir ini ramai pelajar-pelajar sama ada di sekolah rendah dan sekolah menengah berperangai kurang ajar seperti memeras ugut, buli dan sebagainya membawa budaya negatif ke alam persekolahan.

Besar peranan guru walhal menjadi peranan ibu bapa sementara di sekolah . Ini membawa kepada pembentukan rohani dan jasmani dan membawa perubahan perangai kepada buruk ke arah lebih baik.Beruntung kita, jika di alam persekolahan kita biasa di rotan , di pulas telinga hatta pelbagai denda yang kita kena sewaktu alam persekolahan adalah mendidik kita menjadi manusia yang berguna.

Kepada adik-adiik luar sana, hormati guru sebagai cahaya pelita menerangi malam dini, semoga cahaya itu membesar di dalam hati-hati kita semua. Selamat Hari Guru semua.

SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS