Hukum Sambut Bon Odori - Ustaz Azhar Idrus

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 12, 2022

Hukum Sambut Bon Odori - Ustaz Azhar Idrus


 Assalamualaikum semua. Dalam beberapa hari ini hangat di perkatakan di media massa tentang Bon Odori ini. Termasuk orang awam Islam hendak sangat nak sambut perayaan  bukan agama Islam. Tanpa berfikir hukum Halal dan Haram satu-satu perayaan ini.


Apa itu Bon Odori?

Bon Odori adalah perayaan  beragama Buddha yang mengatakan satu penghormatan roh-roh yang telah mati.


Hukum Sambut Bon Odori Bagi Umat Islam?

Pada asasnya umat Islam adalah ditegah untuk menyertai apa-apa perayaan agama lain. Para ulama telah bersepakat bahawa hukum menyertai perayaan agama lain, sama ada dengan ucapan atau tindakan pada pakaian, makanan atau minuman yang dikhususkan pada hari perayaan tersebut adalah haram jika bertujuan untuk mengagungkan hari perayaan mereka, bahkan majoriti ulama berpendapat bahawa seorang muslim yang mengagungkan syiar-syiar agama lain boleh jatuh ke lembah kekufuran. Manakala individu muslim yang tidak berniat untuk mengagungkannya adalah berdosa, namun tidak sampai ke tahap kufur.

Hatta Ustaz Azhar Idrus juga memberi jawapan yang sama. Boleh tonton video di bawah ini :-



Oleh itu, umat Islam kena lebih peka tentang Hukum Sambutan Perayaan agama lain kerana takut kita bersetuju dengan Agama tersebut. Lebih baik kita bertanya yang pakar tentang agama. Semoga pencerahan ini dapat membantu sahabat-sahabat lain tentang hukum perayaan Bon Odori ini.

Sumber Rujukan:-

   

SHARE 2 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS