Mengimbau Kenangan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 23, 2022

gambar masa 2009


Assalamualaikum semua.Sebut sahaja kenangan yang pasti kita semua ada kenangan indah yang tersimpan di sanubari hati kita masing-masing. Bagaimana kita simpan kenangan tersebut.

Sebut kenangan kita masih berada frasa yang mana kenangan masa kanak-kanak, masa dewasa dan masa kini hatta waktu sekarang.Bila mengimbau balik waktu zaman kanak-kanak , kita tidak di hantui pelbagai masalah yang sedia ada, waktu kanak-kanak kita terasa panjang di penuhi acara permainan yang penuh nostalgia bermula waktu pagi sehingga matahari tegak di atas kepala . Kemudian bersambung selepas waktu Asar.

  Di waktu itu, kita tidak ada gajet-gajet yang canggih sekadar televisyen yang ada saluran tv1 hingga ntv7 sahaja. Pabila hari minggu pasti kita menunggu di hadapan kaca televisyen pada hari sabtu dan ahad kerana di hidangkan pelbagai siri kartun. Memang tak kemana hari tersebut, kerana takut terlepas episode siri kartun tersebut.

Pabila masuk zaman persekolahan,  mula bergaul dengan rakan-rakan baru yang datang dari kampung berbeda. Mula tali persahabatan terjalin. Bermula jam 7.30 pagi sudah bergerak dari rumah ke sekolah hanya 700 meter sahaja.Muka mengayuh gerek ( basikal).Sesuai sampai di sekolah, langkah perlahan terus melangkah ke kelas. Datang awal adalah bersebab untuk siapkan kerja sekolah dan meniru dari rakan-rakan yang pandai.

Melangkah alam dewasa, berada di IPT sangat menarik bagi diri Naim sendiri.Kerana dapat menimba ilmu dan ,mendapat kenalan dari negeri-negeri luar dari Kedah. Proses pengenalan tak mengambil masa dan waktu yang lama. Cukuplah ia menjadi kenangan terindah di dalam kehidupan kita semua.

Kenangan waktu sekarang adalah di mana Pada 18 Mac 2020 kita berada status merah di mana Covid019 masih aktif dengan kes meningkat.Pertama kali, negara Malaysia melaksanakan Lockdown.Ketika itu, semua masyarakat di nasihatkan berada di rumah masing-masing jangan berkeliaran kerana takut penularan Covid-19 masuk di komuniti kita.Bermula dengan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) seterusnya PKPD, PKPB dan PKPP. Kemudian lagi sekali berada di Lockdown. Selepas itu pertukaran Perdana Menteri dari era Pendemik dan era Endemik sekarang ini.

Hanya coretan kecil dari Naim kepada sahabat-sahabat semua. Naim pasti ada semua ada kenangan terindah yang berada di hati masing-masing. Ada yang mahu berkongsi dan kekadang biar bersarang di hati ini kerana ia dapat melukakan suasana yang damai ini.

Jadilah kenangan sebagai pedoman kehidupan , agar kita terus melangkah kepada kehidupan yang lebih baik. Insha Allah. Naim tutp entri ini dengan Lagu Lefthanded Ku Di Halaman Rindu buat semua sahabat-sahabat blogger. 


 

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. tenang je tengok gambar suasana kampung tu

    BalasPadam
  2. Bila baca entri ni teringat zaman dulu2. Zaman takde gajet. Masa kecil dulu selalu main kat taman, balik rumah sampai nak dekat maghrib. Rasa bersosial sangat zaman dulu2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sangat setuju, ketika itu bebas daripada sebarang gajet. Otak ligat dan aktif. :P

      Padam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS