Ustaz Wadi Anuar | Trending tiktok

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 15, 2022

Ustaz Wadi Anuar | Trending tiktok

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat semua. Mutakhir ini apa yang menjadi Trending tiktok semua lapisan masyarakat Islam meniru apa sahaja janji #fyp mereka katakan. Padahal, Islam telah menggariskan halal dan haram yang wajib kita patuti , akan tetapi mereka abaikan.


Sahabat-sahabat semua, aplikasi Tiktok bukan tidak baik ada baiknya jika pandai menggunakan kepada ke arah kebaikan. Akan tetapi ada segelintir masyarakayt tidak manfaatkan dengan betul. Jika wanita pula  bergoyang di depan kamera dengan gaya lentok dengan pakaian ketat dan upload di tiktok. Di manakah perasaan malu kamu semua? Tak rasa Berdosa ka? Asbab Allah telah menarik perasaan malu pada diri mereka?

Semua ini agenda orang kafir untuk sesatkan kita dan menjauhkan anak-anak muda daripada beragama.Makin sehari ke sehari perangai mereka semakin teruk dan makin tidak waras dengan tindakan mereka bergoyang sana-sini. Walhal orang tua pun turut serta dengan gaya yang senonoh. Terlintas di fikiran persis Pak Maun di dalam Filem Nasib Do Re Mi.

Perasaan seronok ini adalah candu sangat bahaya kepada masyarakat Islam di tanah air.Apakah tindakan kita semua untuk manbasmi gejala ini berlarutan iaitu mengawal anak-anak kita daripada melakukan perkara-perkara tidak bermaruah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua.  Kerana Bala Allah tidak pergi kepada sepulan sahaja, ia mengena kepada semua masyarakat di kawasan tersebut.

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. semoga kita semua terus istiqamah dalam mencari redhaNya. Terima kasih ingatkan kami. <3

    BalasPadam
  2. Tak banyak konten ilmiah dalam TikTok. Hiburan yang banyak.

    BalasPadam
  3. Tiktok ni sama macam platform media sosial / blog yang lain. Ada kebaikan, ada keburukan. Tinggal kita untuk filter semuanya. Mana yang baik, disimpan dan dimanfaatkan. Yang buruk, dibuang. Dalam fyp Tiktok saya banyak resepi ringkas :)

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS