kredit ecentral.my |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat-sahabat blogger. Sekejap sahaja kita merasa 1443 Hijrah bakal meninggalkan kita semua. Lagi tahun hijrah akan menemani kita semua iaitu 1444 Hijrah.
Yang menarik pada tahun ini Tema Maal Hijrah 1444 Hijrah iaitu Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran. Satu tema yang dapat kita simpulkan seluruh rakyat Malaysia mesti hidup di dalam rukun damai dengan hidup berbilang bangsa dan saling menghormati satu sama lain.Dan ajaran Islam sentiasa kehadapan memastikan Umat Islam terus cemerlang .
Konsep Maal Hijrah di dalam Sirah Baginda iaitu Penghijrahan Baginda Nabi Muhammad dari Kota Mekah ke Kota Madinah.Kerna ia satu wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad. Di situ kita dapat menghayati perjuangan Nabi Muhammad membawa risalah Islam ke bumi Madinah dan bermulanya satu empayar Islam dan membentuk satu kerajaan di sana.
Di sini Naim sertakan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun.
Bersama-sama kita berdoa kepada Allah , agar memelihara Malaysia dari sebarang masalah dan di kurniakan para pemimpin yang taat dan takut kepada Allah. Semoga memelihara kita semua daripada segala penyakit berbahaya dan bebas dari hutang . Amin!.
Aaaminnn... YaRabbal Alamin semoga tanah air tercinta terus aman damai
BalasPadam