Rabbani- Nostalgia Nadamurni

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 20, 2022

Rabbani- Nostalgia Nadamurni

 

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua di pelihara oleh Allah, ramai rakan blogger yang tidak sihat, Semoga di beri kesihaatan yang lebih baik. Alhamduillah pada entri kali ini, Naim hendak share album Rabbani iaitu Nostalgia Nadamurni.


Sebut sahaja Rabbani semua orang kenali, akan tetapi sebut Nadamurni kurang mendapat  informasi yang terbaik. Untuk semua sahabat-sahabat, Nadamurni ini kumpulan nasyid yang popular pada awal 80an sehingga tahun 90-an . Selepas itu, beberapa anggota Nadamurni telah menubuhkan  kumpulan baharu dan kini menjadi kumpulan Rabbani dan kumpulan Hijjaz.

Majoriti lagu dari kumpulan Hijjaz dan Rabbani kerap sama kerna mereka adalah anggota asal dari kumpulan Nadamurni. Gabungan suara Arwah Ustaz Asri Ibrahim dan Ustaz Munif sangat memberi kesan kepada sang pendengar.

Di dalam Album Nostalgia Nadamurni berada di pasaran pada tahun 2009 lagi dan Inteam Record Sdn Bhd bekerjasama dengan Rabbani Production Sdn Bhd dan akhir terbitlah album ini iaitu Nostalgia Nadamurni.

Antara judul-judul lagu yang berada di dalam album ini adalah 

1) Bila Nur Melimpah Di Hati

2) Ibu Mithali

3) Al-Hijrah (feat Ustaz Amal)

4) Sunnah Berjuang

5) Sifat 20

6) Nun Di Sana

7) Indahnya Hidup Bersama Ilahi

8) Mana Milik Kita

9) Jasa Petani

10) Ayyu Zikraa (feat Ustaz Amal)


Kesemua lagu-lagu ini banyak mendidik jiwa dan perasaan kita pabila kita hayati bait-bait lirik tersebut. Sekarang tidak ada lagi kumpulan nasyid memberi didikan di dalam lagu mereka , hanyak menarik pada melodi sahaja. A

Akhir kalam dari Naim, semoga irama nasyid terus subur di dalam industri Malaysia masa akan datang. Didiknya anak-anak dengan nasyid yang memberi didikan ke arah mengenal Allah dan Rasul, Insha Allah. Naim tinggalkan MV Rabbani ini.




Rujukan

1) Nostalgi Nadamuni Kekalkan ELemen Nostalgia Rabbani
    https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2009/02/13/nostalgia-nada-murni-kekalkan-elemen-nostalgia-rabbani
SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS