Petua Hilangkan Sakit Tekak

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 10, 2022


Petua Hilangkan Sakit Tekak
kredit  https://hellodoktor.com/

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua baik-baik belaka. Sejak minggu lepas lagi, Naim rasa sakit tekak denga cuaca tak menentu , sekejap panas dan sekejap hujan.


Naim tak terlepas dengan ujian sakit tekak ini dan anak tekak menjadi bengkak dan merah. Pada awalnya Naim tak mengambil kisah sangat. Kerana sakit tekak ini akan hilang dengan sendiri. Masuk hari kedua, tekak menjadi semakin sakit dan anak tekak makin merah. Akhirnya Naim mencuba beberapa petua  iaitu 

1) Berkumur Air Garam.
     
     - Ambil sesudu garam kasar di campur dengan air suam dan kacau sehingga sebati. dan berkumur-kumur. Manfaat garam ini adalah mematikan kuman yang ada di dalam mulut kita.


2) Madu lebah asli
   
    - Sebelum sarapan pagi, Naim amalkan makan madu lebah dua sudu setiap pagi. 


3) Aiskrim 

   -  Aiskrim ini adalah sejukkan anak tekak yang bengkak, Alhamduillah tekak kurang sakit. 


4)  Banyakkan airi kosong

     - Air kosong kena  minum banyak kerana tidak bagi badan kita hidrasi kerana cuaca tidak menentu.


5) Banyakkan berdoa  dan baca surah Al Fatihah

   

Ini beberapa ikhtiar yang Naim amalkan , Alhamduillah, Allah berikan kesembuhan kepada diri Naim. Di waktu ini kena jaga kesihatan dan jangan lupa berdoa kepada Allah. Kerana Allah jua memberi kesembuhan kepada diri kita ini. Semoga artikel/ entri memberi manfaat kepada sahabat-sahabat di luar sana. Insha ALlah.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Petua makan aiskrim yang seronok diamalkan.

    BalasPadam
  2. kita pun sakit tekak dan batuk ni... tp malas nak makan ubat batuk.. mengantuk tak boleh handle

    BalasPadam
  3. Cuaca tak menentu sekarang. Panas terik dan hujan lebat silih berganti. Semoga semua sahabat SS sihat selalu. Terima kasih share doa tu.. lama tak baca.

    BalasPadam
  4. Makan ais kerim untuk kurangkan sakit tekak
    Ingatkan dulu petua main2, rupanya betul2

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS