Daging Ulamak Beracun- Berhati-hati Dengan Lisan Kita

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 19, 2022


 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger. Pada entri kali ini Naim hendak berkongsi sedikit ADAB dengan rakan-rakan blogger. Tak kira siapa kita, Adab mesti ada di dalam diri kita semua.


D dalam Dewan Bahasa dan Pustaka, Ulama membawa kepada maksud orang yg ahli (pakar) dlm pengetahuan agama Islam dan  intelektual;  alim ( Kamus Dewan Edisi Keempat). Oleh itu, Ulama menjadi rujukan masyarakat kini selepas kewafatan Baginda Nabi Muhammad. Ada matan hadis Nabi yang berbunyi Ulama adalah Pewaris Nabi.  Asbab itu masyarakat awam kena beradab dengan alim ulama kerana mereka sangat dekat Sang Pencipta. Setiap kalam dan tutur kata mereka berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

Mutakhir ini, ramai masyarakat awam menghina ulama secara terangan tanpa rasa bersalah. Dan ia menjadi bahan ketawa. Ini BALA paling besar jika kita  tidak di bendung  dari sekarang. Kerana ia akan menjadi barah yang mendidih di kalangan masyarakat . Darjat Ulama adalah tinggi, kerana ia pewaris Nabi Muhammad. Mahu kita menyinggung perasaan Nabi kerana sikap kurang ajar kepada waris Nabi iaitu Ulamak. Melabel ulamak dengan pelbagai kata-kata nista dan keji tanpa di kawal selia dan tanpa di tegur mungkaran yang ada di mata anda semua.

Ini Naim serta 3 video dari Ustaz Fawwaz Md Jan dan Ustaz Adi Hidayat berkenan Kesan kita menghina ulama kerna daging ulama beracun. 

1) 



2)



3) 



Semoga Allah memelihara lisan kita daripada mencerca alim ulamak. Pesan Ustaz Fawwaz, biar kita menjaga lisan agar tidak kutuk alim, Allah jadikan keturunan kita tidak alim. Semoga Allah menjaga kita semua. Semoga manfaat kepada kita semua.
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS