REUNIC-Sebuah Pertemuan 2.0

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 14, 2022

REUNIC - SEBUAH PERTEMUAN 2.0

 Assalamualaikum semua sahabat-sahabat blogger.Pada malam ini Naim akan share sebuah video klip dari kumpulan UNIC. Mesti sahabat-sahabat blogger hairan kenapa REUNIC adalah reunion ahli-ahli kumpulan UNIC yang terdahulu kembali di dalam sebuah lagu iaitu Sebuah Pertemuan 2.0


Anggota Terkini

Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli) - Salah seorang pengasas kumpulan UNIC pada tahun 2002 dan juga satu-satunya anggota UNIC yang kekal dari awal penubuhan sehingga kini. Dilahirkan di Perlis dan dibesarkan di Kota Tinggi, Johor.

Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin (Fakhrul) - Juara Akademi Al-Quran musim ketiga yang mula menganggotai UNIC pada tahun 2008 dan kekal teguh bersama UNIC sehingga kini. Berasal dari Alor Setar, Kedah.

Mohamad Fitri bin Mohamad Haris (Fitri) - Seperti Bazli, Fitri juga adalah salah seorang pengasas UNIC pada tahun 2002 dan sempat merakamkan empat buah album studio sebelum mengundurkan diri pada tahun 2009. Kembali menyertai UNIC pada 6 Julai 2022 setelah 11 tahun bergerak sebagai penyanyi solo. Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Johor.

Bekas Anggota

Mohammad Hafiz bin Hamidun (Hafiz) - Mula menganggotai UNIC pada tahun 2003 untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Apen. Sempat merakamkan 2 album studio bersama UNIC iaitu See You Di IPT dan Satu Tekad sebelum mengambil keputusan untuk bergerak secara solo pada tahun 2006. Berasal dari Teluk Intan, Perak.

Ahmad Fadzli bin Abdul Aziz (Fadzli) - Mula menganggotai UNIC pada tahun 2004 untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Wan Shah. Sempat bersama UNIC selama 10 tahun sebelum mengundurkan diri secara rasmi pada 1 Januari 2015 untuk menumpukan kerjaya beliau sebagai seorang konsultan dan pakar motivasi. Berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Wan Sharifuddin bin Wan Hassan (Wan Shah) - Merupakan pengasas UNIC bersama Fitri dan Bazli pada tahun 2001. Berbakat dalam penciptaan lagu, penulisan lirik dan penerbitan album. Sempat bersama UNIC untuk dua album pertama iaitu You And I See dan See You Di IPT sebelum meninggalkan kumpulan ini pada tahun 2004. Berasal dari Bachok, Kelantan dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor.


Mohd Afendi bin Haji Jahri (Apen) - Merupakan anggota terawal yang melengkapkan UNIC pada tahun 2002 bersama Fitri, Bazli dan Wan Shah. Sempat bersama UNIC selama setahun dengan album pertama iaitu You And I See sebelum tempatnya digantikan oleh Hafiz Hamidun. Berasal dari Selangor.


Wan Najdi bin Wan Mohd Noh (Najdi) - Bekas finalis program realiti Imam Muda yang dilamar oleh UNIC untuk menjadi ahli ketiga pada tahun 2016. Sempat bersama UNIC selama 4 tahun sebelum mengundurkan diri pada tahun 2020 ketika pandemik Covid-19 melanda dunia. Berasal dari Kota Bharu, Kelantan.  sumber ( wikipedia )

---------------------------------------------------

LIRIK

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikkan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan
Tika aku diuji dengan dugaan

Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Engkau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina wo

Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai (menghargai)
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi (cinta cinta abadi woh)

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan (insan)
Bernama teman

VIDEO

SHARE 4 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS