SOP Baharu Pemakaian Pelitup Muka (MASK)

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 08, 2022


 

Assalamualaikum semua, Alhamdullah kelmarin Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin  Pemakaian Pelitup Muka tidak lagi diwajibkan di tempat outdoor. Ini salah satu kemudahan yang telah di beri oleh Kerajaan Malaysia kepada rakyat Malaysia amnya. Di samping itu, jangan kita lalai virus Covid-19 masih aktif, jangan lupa banyakkan berdoa kepada Allah, agar Allah memelihara kita semua.

Merujuk telegram milik Kementerian Kesihatan Malaysia walaupun dikecualikan akan tetapi di galakkan memakai mask di beberapa tempat iaitu :-

1) Pengangkutan Awam & Terminal Pengangkutan Awam

2) Fasibiliti Penjagaan Kesihatan (Hospital, Klinik).

Pemakaian pelitup muka masih DIWAJIBKAN bagi situasi berikut: 

i) Kes positif COVID-19; 

ii) Menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah; dan 

iii) Semasa berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis, dan yang setara dengannya.
 
KKM juga AMAT MENGGALAKKAN agar pemakaian pelitup muka terus  

diamalkan terutamanya apabila: 
i) Berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti pasar malam, stadium, gedung membeli belah dan rumah-rumah ibadah; 

ii) Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema; 

iii) Individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung; dan 

iv) Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.
 
Keperluan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor) dan kawasan terbuka adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini iaitu tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, KKM menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan sekiranya: 

i) Berada di kawasan ramai orang dan sesak; 

ii) Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema; 

iii) Individu berisiko tinggi; dan 

iv) Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.

Semoga SOP Baharu ini memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia dan terus menjaga diri daripada ancaman Covid-19 ini. Terus berdoa kepada Allah agar wabak ini terus lenyap di muka bumi ini.

Kita Jaga Kita, Allah Jaga kita !



Rujukan :-

1) Telegram  Kementerian Kesihatan Malaysia
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Ammi setiap hari naik public transport...jadi pakai jelah. pastu tak pakai pun risau gak...kadang-kadang dok dengar dalam LRT orang terbatuk bersahut-sahut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kak, better pakai mask kadar jangkitan virus rendah. Semoga Allah memelihara kak sentiasa.

      Padam
  2. Mungkin akan terus pakai sebab paranoid bila dengar orang tak sehat. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang sebaiknya.. :). Menjaga kesihatan lebih baik .

      Padam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS