Doa Kemenangan Perikatan Nasional

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 18, 2022


 

Assalamuaalikum semua, kurang 3 jam lagi untuk kita semua berkempen menangkan calon-calon kita sayangi. Oleh itu, Naim menyeru kepada sahabat-sahabat memilih Perikatan Nasional.


Ya Allah, dengan penuh rendah hati kami memohon kepada-Mu, menangkanlah Perikatan Nasional dalam PRU-15 ini agar,

Dapat kami melihat keadilan agama-Mu tertegak di bumi bertuah ini.
Terpelihara akidah dan ikatan perpaduan sesama kami.
Terjaga masa hadapan anak cucu kami.
Serta sejahtera kehidupan kami di tanah merdeka ini.

Kami memohon dengan sepenuh hati agar Engkau kalahkan mereka yang zalim dan fasik. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala kerosakan yang berlaku kerana tangan-tangan mereka.

Dengan rendah hati, kami memohon agar Engkau gerakkan hati para pengundi untuk memangkah calon-calon kami.

Bantulah kami, menangkanlah Perikatan Nasional.
Sesungguhnya kami telah berusaha dan hanya kepada-Mu kami berserah.

Amin Ya Rabbal Alamin.
SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS