Gerhana bulan penuh berlaku apabila orbit bulan melintasi masuk ke dalam bayang-bayang bumi yang dipanggil umbra. Di dalam keadaan ini bumi akan berada di antara bulan dan matahari di dalam kedudukan tepat sebaris.
Gerhana bulan penuh tersebut hanya dapat dilihat bermula 6.58 petang iaitu apabila bulan mula terbit di ufuk timur. Umat Islam digalakkan mendirikan solat Gerhana Bulan pada waktu itu sehingga 8.49 malam
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah.
Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud.
Berikut adalah panduan asas dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Cara Solat Sunat Gerhana Bulan
1.Niat & Takbiratul Ihram
2.Baca Al-Fatihah & Surah Lain
3.Ruku' Yang Panjang
4.Iktidal, Baca Al-Fatihah & Surah Lain
5.Ruku' Yang Panjang & Iktidal
6.Sujud Yang Panjang
7.Duduk Antara 2 Sujud
8.Sujud Yang Panjang
9.Rakaat Kedua Seperti Rakaat Pertama
10.Membaca tasyahud Akhir & Salam
Kredit : Twitter JAWI Official

Add your comment
sila tinggal kata-kata anda: