Pemimpin Yang Adil 2022- Munif Hijjaz || Assalamualaikum semua dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua di dalam rahmat Allah selalu. Pada pagi ini Naim share lagu nasyid di beri nafas baharu oleh Munif Hijjaz.
Kali ini Munif Hijjaz membawa kembali lagu nasyid dari kumpulan beliau sendiri iaitu Hijjaz. Lagu tersebut adalah Pemimpin Yang Adil. Bagi ini Naim sendiri, lagu ini keluar di frasa-frasa untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 Tak lama lagi iaitu 19 November 2022. Lagu ini memberi gambaran yang jelas kepada kita semua betapa penting memilih pemimpin yang adil dan bersih.
Naim tidak mahu memanjang isu politik di dalam entri nasyid ini. Next entri Naim akan kupas betapa penting politik di dalam pembangunan negara dan salsiah masyarakat setempat. Oleh itu kembali kepada track yang asal.
Sahabat-sahabat semua, nasyid ini memberi teguran kepada kita agar memilih pemimpin yang takut kepada Allah dan menjalankan amanah sebagai seorang pemimpin yang di pilih oleh rakyat. Insha Allah.
LIRIK
Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya
Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama
Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya
Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah
Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita
Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya
Tuhan kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan kurniakanlah pemimpin yang begini
Tuhan kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan kurniakanlah
VIDEO
Setakat 3 November 2022, jumlah views lagu nasyid Pemimpin Yang Adil 2022 adalah 25,542 views. Semoga irama nasyid terus mendapat hati peminat-peminat di luar sana. Insha Allah.

Add your comment
sila tinggal kata-kata anda: