kredit https://media.ohbulan.com/ |
Assalamualaikum semua, Sekarang musim cuti persekolahan dan yang pasti kita semua sudah menerima jemputan ke majlis kenduri kahwin daripada sahabat-sahabat dan kenalan kita.Kekadang di dalam sehari kita menerima jemputan kenduri lebih 10 tempat.
Pada entri ini, Naim ingin berkongsi satu amalan yang boleh kita amalkan jika bertandang ke majlis kenduri.Sebab kita hadir banyak jemputan kenduri kahwin mungkin akan terjadi keracunan makanan atau makanan itu tak masak atau nasi mentah. Dan doa ini dapat menghindari kita menjadi sakit.
Doa ini di amalkan sebelum makan dan di baca sekali doa makan agar makanan yang kita jamah di pelihara oleh Allah agar tidak menjadi racun kepada tubuh badan kita. Insha Allah. Selagi kita bertawakal kepada Allah, percayalah Allah akan menjaga hamba-hambanNYA dengan izinya. Insha ALlah.
Doa ini sangat ringkas dan mudah untuk kita semua hafal kerana ia menjadi pendinding diri daripada sihir dan santau. Misalnya kita hendak masuk ke kedai makan , seeloknya baca doa ini sebelum makan agar makanan itu selamat daripada mudharat dari sihir dan santau.
Naim harap entri ini dapat memberi manfaat kepada sahabat-sahabat di luar sana di musim kenduri kahwin ini. Amalkan doa ini ke mana sahaja kita pergi makan kerana doa ini sangat mustajab kita amalkan selalu di dalam kehidupan harian kita semua. Insha Allah.
Terima kasih berkongsi. Selalu juga baca, tak pernah terfikir nak baca sebelum makan.
BalasPadamSemoga lepas ini kak akan amalkan selalu. :)
Padam