Adsense Kembali Masuk 2023- Motivasi Baru?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 14, 2023


 

Assalamualaikum semua, kelmarin (13/1/2023) Google Adsense kembali menyengat dengan kemasukan earning dalam 58 sen. Rezeki jangan di tolak, walhal sudah lama juga adsense tidak mejengah di dalam blog Naim ini. Bila ia masuk ada perasaan teruja dan seronok ia kembali.


Google adsense ada masa ia menilai satu-satu artikel dan  page views blog tersebut. Dan kena rajin membalas komen daripada rakan blogger. Dari segi blog Naim, pabila kita membalas komen pada satu-satu artikel, Dan keesokan harinya, artikel tersebut mendapat page views menaik pada hari sebelumnya. Ini kajian pada blog Naim sendiri. Tak pasti pada blog sahabat-sahabat yang lain.

Hendak menulis satu-satu artikel pasal isu semasa kena fikir dua kali, takut terpalit kepada budaya fitnah. Sebagai blogger Muslim kena berhati-hati di dalam penulisan di dalam alam maya. Kerana takut, di akhirat kelak Allah akan mempersoalkan kembali apa yang nukil di dunia.

Kekadang cemburu melihat sahabat-sahabat blogger yang mampu menulis sehingga 6 hingga 10 perenggan dalam satu-satu artikel . Naim hendak menulis di dalam 4 perenggan ke atas jenuh memikirkan apa lagi hendak menulis di dalam blog ini. Melihat kemasukan earning kelmarin memberi semangat Naim pulih. 

Kalau tak, acapkali menulis mesti melihat earning yang masuk di dalam Google Adsense.Kekadang kosong earning, mesti check di mana silap yang perlu di perbaiki. Kalau share link di media sosial sentiasa update sama ada fan page sehingga group facebook mesti paste sahaja link artikel . Apapun terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang membaca dan memberi komen di dalam blog Naim ini.

Dan terima kasih jua kepada silent reader , kerana anda page views Naim kembali naik. Dan jangan jemu untuk membaca entri di dalam blog Naim ini. Semoga Allah membalas kebaikan kepada anda semua. Jika tidak di dunia, di akhirat kelak, Insha Allah.
SHARE 10 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah ... Tahniah Naim.. rasa semangat je kan bila ada nampak kemasukkan kat adsense.. keep it up!

    BalasPadam
  2. wahhh... boleh naikkan semangat berblog lepas ni... all the best!

    BalasPadam
  3. tahniah. byk tu 58sen.
    aida selang sehari memang akan cek adsense.
    alhamdulillah, meskipun pv tak kencang mcm dulu, tapi adsense semakin ok.
    sehari ada la capai 1usd. bersyukur :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, banyak tu sehari lebih 50sen usd 😊

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS