Monolog Sebagai Seorang Blogger

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 30, 2023
Assalamualaikum semua sahabat-sahabat blogger.Sebenarnya tajuk kali ini berjudul Monolog Sebagai Seorang Blogger cetusan idea spontan. Sama ada ia dapat menulis sepanjang lebar atau sebaliknya. Kerna idea sangat terbatas akhir-akhir ini, Naim tidak pasti kenapa idea cukup susah di terjemahkan di dada entri ini. Semoga ia memberi manfaat kepada sahabat-sahabat yang sedang membaca ini.


Sahabat-sahabat semua, Naim mulai ceburi di dalam dunia blogging bermula pada tahun 2010 sehingga kini 2023. Pelbagai  cetusan idea sudah terpahat di dalam blog tercinta ini. Naim berkawan dengan pelbagai usia rakan blogger . Ada generasi awal 2010 sudah meninggalkan dunia penulisan blogger ini. Mungkin ada urusan lebih penting lagi. Setiap butang di keyboard sentiasa menemani Naim sejak 2010 sehingga kini 2023. Penat, sakit dan kecewa, gembira hatta sedih sentiasa terpahat di dalam blog ini. Jika kelak Naim sudah tiada di muka bumi ini, Agar penulisan ini memberi manfaat orang di luar sana.

Sememang pelbagai genre blog mendapat tempat oleh pembaca di luar sana. Akan tetapi setiap penulisan kita mesti bijak dan mengawal status keshahihan berita yang hendak di sampaikan di dalam blog kita. Takut kita menjadi jambatan dosa dan fitnah kepada si pulan kepada si pulan.Dan kita menjadi agen kepada fitnah. Saham dosa terus di kredit di dalam akuan kita. Rugi sahaja, bukan takat dunia sahaja hingga akhirat . Takut kita muflis akhirat kelak.Beringat sama tatkala ingat menulis sesuatu yang panas dan menghangat suasana dunia blogging.

Sahabat-sahabat semua, di dalam pemerhatian Naim melihat sedang berlaku sekarang adalah sikap kita yang membawa kepada sesuatu perkara. Ada di kalangan kita menyebarkan perkara yang tidak benar dan membenarkan perkara yang palsu. Sebagai contoh,  ada segelintir daripada kalangan kita sanggup menghina orang seperti alim ulama. Melihat di depan mata kemungkaran tatkala leader menghina orang alim tetapi mulut mereka bisu kerana takut leader memberi kesan kepada rezeki mereka. Ramai tak orang seperti ini? hampir 98% ada di Malaysia ini. Mereka tidak sedar , mereka sanggup butakan mata untuk reward dan gift dan butakan hati tatkala hidayah mengetuk pintu-pintu hati mereka. Mereka tidak tajkut, doa orang alim, tatkala tangan ulama menadah kepada Allah, Nescaya ia makbul kerana hati dan diri ulama sangat dekat kepada Allah. 

Bahana makin menghampiri kita, akan tetapi mereka terus lalai. Orang ini tidak kekal selamat di dunia. Percayalah kehidupan mereka menjadi celaru dan rezeki rasa tidak cukupi walhal pemdapatan mereka gak melebih 10k sebulan. Oleh itu, kena balik kepada agama agar kita di pandu kepada akhirat dan dunia akan mengikuti kita jua.


SHARE 10 comments

Add your comment

  1. Skrg dah mcm2 yg jadi.. sy sampai takut dan tak tahu nak kata apa.. kerana fitnah ada di mana-mana..

    BalasPadam
  2. Mrs. A pun selesa menulis di blog daripada lain-lain socmed.

    BalasPadam
  3. terima kasih atas ingatannya...kembali kepada agama

    BalasPadam
  4. wah lama jugak tu dari 2010. kita baru nak tulis tahun 2012. masa tu form 4. banyak join giveaway je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, dari zaman IPT lagi naim dah masuk dunia blogging ini haha

      Padam
  5. Mudah2an apa yang kita tulis dalam blog kita dapat memberi manfaat kepada orang lain

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS