Pabila Orang Jahil Megajar Ulama- Bahana Akhir Zaman

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 12, 2023
 Assalamualaikum semua, Apa yang berlaku sedang berlaku zaman sekarang walhal sudah masuk 2023. Ada segelintir manusia yang suka mencari kesalahan  alim ulama hatta ustaz di Malaysia. Ini kesan sangat bahaya kepada hati. Selagi kita terus melakukan  perkara ini ia akan menjadi hati menjadi keras.


Naim rasa sedih melihat perkara ini berleluasa di Malaysia, pabila orang awam yang kritik ulama walhal ia kosong. Jahil murakkab itu ialah seorang yang mendakwa dia tahu akan suatu padahal dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu tentangnya.

Ini memberi kesan kepada orang lain, orang lain yang cetek ilmu akan mempercayai kata-kata mereka. Ramai di kalangan orang cerdik pandai pun terpedaya dengan dakyah orang jahil ini. Ini membuatkan masyarakat jadi rosak akhlak dan adab terhadap ulama makin lesu. Ini bala paling besar pada akhir zaman ini.

Pabila kita menegur mereka ini, mereka membidas dengan berkata mereka lebih betul dan mengatakan ulama dan para ustaz pengkhianat kepada agama jika tidak berkata-kata berpihak kepada mereka. Ini sangat bahaya di dalam masyarakat kita. Ini boleh membawa kepada ajaran sesat. Oleh itu, sahabat-sahabat semua, jika kita tidak tahu pasal sesuatu perkara jangan berbuat pandai berkata-kata. Takut kita tergolongan dalam orang jahil murakkab ini.

Jom kita dengar apa kata Ustaz Azhar Idrus, klik pada gambar di bawah :-



SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Salam Jumaat Naim. Setuju dengan perkongsian awak. Sedih tengok ulama dah tak dihormati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, ini kesan tidak beradab dengan ulama. Semoga Allah memelihara kita semua

      Padam
  2. Selamat bercuti dan berhujung minggu

    BalasPadam
  3. Sudah betullah tu.. Inilah yang terjadi pada zaman ini.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS