15 Hari Lagi Menjelang Ramadhan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mac 08, 2023

kredit : https://static.vecteezy.com/

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Sedar tak sedar, tinggal 15 hari lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan yang penuh rahmat. Bulan di nantikan oleh semua masyarakat di pelusuk dunia.  Sebut sahaja Ramadhan , tak kira peringkat umur semua sangat rindukan bulan Ramadhan.

3 tahun sebelum ini, kita sudah mengalami satu peristiwa yang sangat mencabar kepada semua masyarakat dunia iaitu saat Covid-19 sangat aktif waktu itu semua masyarakat Malaysia berpuasa dengan cabaran sangat besar iaitu tiada solat sunat terawih di masjid dan surau. Hanya di lakukan di rumah masing-masing. Di saat itu kita semua tak pernah berputus asa berdoa kepada Allah agar kita dapat beribadah di masjid dan surau semula. Kerana di bulan Ramadhan adalah bulan mustajab doa. Jangan berputus berdoa , termasuk dengan diri Naim sendiri sellau berdoa agar gejala virus ini di angkat oleh Allah. Masuk tahun 2021 kita sudah boleh beribadah di masjid dan surau tetapi dengan S.O.P dengan ketat dan gejala Covid-19 masih aktif dan bermutasi.

Masuk tahun 2022 kita terus di beri nikmat oleh Allah dapat beribadah di masjid dan surau di bulan Ramadhan dengan kelonggaran S.O.P yang sangat mudah. Dan Naim masih terus berdoa agar Covid-19 ini segera lenyap di muka bumi ini. Alhamduillah dengan ikhtiar daripada Kerajaan telah memberi Vaksin Covid-19 dapat membantu mengurangkan kemudharatan jangkitan kepada kita semua. Dan kepada Allah jua kita berdoa segala penyakit yang ada di muka bumi ini segera lenyap dan semoga Allah memelihara kita semua. Insha Allah.

Ramadhan tahun 2023 bakal menjelma tak berapa hari lagi sahabat-sahabat semua. Bagaimana dengan kita hendak sambut bulan Ramadhan.Ada sebab Allah mengurniakan Ramadhan dengan pelbagai nikmat dan rahmat daripada Allah. Di sebabkan oleh iaitu :-

" "Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur'an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).." [Qs. Al-Baqarah: 185]."

Di dalam bulan Ramadhan, di turunkan  Al-Quran dan di beri Lailtul Qadar di malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadhan. Oleh itu, nasihat kepada diri Naim sendiri, tingkatkan amalan dan beribadah kepada Allah tatkala Ramadhan masih bersama kita. Jangan putus berdoa iaitu :-

" Ya Allah, Sampaikan Kami di Bulan Ramadhan tahun ini"

kita semua tak pasti , adakah ini Ramadhan terakhir bagi diri kita semua. Ia sudah tercatat di dalam Qada dan Qadar Allah. Kita terus jalan sebagai hamba Allah. 
 

SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS