Marhaban Ramadhan 1444 Hijrah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mac 25, 2023

Marhaban Ramadhan 1444 Hijrah

 


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Pada kesempatan ini, Naim mengucapkan Selamat menjalani ibadah Puasa pada tahun ini dengan bulan Ramadhan penuh rahmat dan rahmah daripada Ilahi. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan untuk beribadah.

Sebut sahaja Ramadhan, kita semua sudah dapat mempelajari sesuatu kan. Allah telah menghadiahkan bulan yang penuh nikmat dan pahala di gandakan setiap kali kita melakukan ibadah kepada Allah. Dan pengalaman kita semasa 3 tahun yang sebelum ini telah mendewasakan kita semua. Yang pasti kita berdoa kepada Allah , wabak ini segera lenyap di muka bumi ini, Insha Allah.

Sebut Ramadhan, yang pasti lagu bertema Ramadhan sudah  di siarkan di media sosial seperti facebook , instagram manakala platform Youtube pun ada lagu-lagu baharu Ramadhan. Insha Allah, nanti Naim share kepada sahabat-sahabat semua.

Jika di tanya kepada Naim pula, lagu evagreen iaitu lagu Harapan Ramadhan dari kumpulan Raihan dan Mai Bai memang sebati dengan jiwa Naim kerana lirik sangat menyentuh qalbu ini. Bagaimana dengan sahabat-sahabat blogger yang lain. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.

SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS