10 Malam Terakhir Ramadhan

in , by Muhammad Naim Abdullah, April 11, 2023

kredit https://harakahdaily.net/

 

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Sedar tak sedar sudah kita berada di frasa akhir bulan Ramadhan. Dan  kini kena pecut dan tekan gear paling tinggi untuk meraih ganjaran pada hari 1 Syawal kelak.

Masa cepat berputar dan membawa kepada Ramadhan bakal meninggalkan kita tak lama lagi. Kita semua belum tentu dapat ketemu dengan Ramadhan tahun hadapan. Mungkin ini Ramadhan terakhir bagi diri kita semua. Ada tak sahabat-sahabat masih istiqamah beribadah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga istiqamah sehingga akhir Ramadhan.

Naim akan kongsi ilmu daripada almarhum Abuya Syeikh Fahmi Zam-Zam yang di kongsi oleh admin facebook iaitu :-

------------
BILA TERJADINYA MALAM LAILATUL QADAR?

Bukan saja Lailatul Qadar merupakan malam yang menjadi rebutan & idaman ramai tetapi juga ianya adalah malam yang penuh dengan tanda tanya...
Bila tarikhnya yang sebenar ??

Ulama berselisih pendapat mengenainya...

Masih² ada pendapat & kaedahnya yang tersendiri..
Setiap tahun pertanyaan ini dilontarkan kepada Almarhum Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al Banjari an Nadwi al Maliki Rahimahullah sewaktu hayatnya masih ada dulu...


Jawapannya konsisten & beliau amat cenderung dengan pendapat & kaedah yang diguna pakai oleh Al Imam Al Ghazali yang berpendapat tarikh terjadinya malam Lailatul Qadar berubah² tetapi pasti terjadi pada 

- 10 malam yang terakhir
- malam yang ganjil
- samada malam Jumaat / Isnin..
- berdasarkan hari bermulanya puasa.


Beliau juga mengulas kaedah yang dipraktikan oleh Al Imam al Ghazali dan beliau telah memudahkan untuk kita memahaminya dengan membuat carta dibawah...
Beliau juga menyarankan kita semua beramal pada setiap malam terutama pada akhir 10 malam yg ganjil dan pada malam yang dijangka akan berlaku Lailatul Qadar kita harus lebihkannya..
Siapkan kopi pada malam Jumaat minggu depan...23 Ramadhan...


Wallahu a'lam...



Rujukan :-
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

2025 © Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS