Segmen Hello Blogger Jom Blogwalking By MommyLizz

in , by Muhammad Naim Abdullah, April 01, 2023


 
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat. Sekejap sahaja kita telah masuk pada malam ke-10 Ramadhan 1444 Hijrah. Terasa masa kian cepat membawa kita kita kepada frasa kedua Ramadhan, iaitu pengampunan dosa. Terlupa malam ini Naim join satu segmen dari rakan blogger MommyLizz.

Jika sahabat-sahabat yang ingin segmen bersama-sama Naim, boleh klik pada banner di atas. Dan tiada tarikh tutup oleh blogger MummyLizz. Kiranya tiada limit daripada penganjur. Sahabat-sahabat jangan lepas peluang ini dapat menambah kenalan di alam maya. Insha Allah.

Di sebabkan Blogger Mummy Lizz meminta cerita sedikt perihal blog  dan penglibatan Naim di dalam dunia blogging.

TRIVIA pemudattbc.blogspot !!

Blog ini tercetus pada tanggal tahun 2010 dan semasa Naim seorang penuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam di sebuah Politeknik di Kedah iaitu Polimas. Kiranya pada waktu itu,  blog sekadar melepas memori indah dan artikel copy paste daripada blog-blog terkenal pada waktu tersebut. Pada waktu itu,  blog sangat aktif dengan pelbagai isu-isu semasa hatta isu politik sangat aktif. Kerana blog waktu itu, adalah medium baharu sebelum adanya Facebook, Instagram, Tiktok hatta Twitter.

Selepas pasca PRU-13 blog ini kebanyakkan artikel daripada isu-isu politik tanah air dan kini masih menulis perihal tentang politik jua. Selepas ini ada beberapa anjakan paradigma dari segi penulisan dan hatta SEO dan membawa kepada perunahan di dunia blogging pada diri Naim sendiri.

Mnejelang tahun 2019 mula menyusun beberapa strategi di dalam dunia penulisan blogging dan dunia blogging makin sendu pada tahun 2019. Akan tetapi ada nya group blog facebook dapat merancakkan kembali dunia blogging dengan ping url dan blogwalking terus berjalan. Untuk berjaya di dunia blogging kita kena banyakkan membaca  daripada rakan-rakan  blogger yang lain. Dan dari situ mula Naim mencuba dengan iklan Adsense.

Masa Hadapan Dengan Blog?

Prinsip Naim mudah sahaja, selagi kita ada idea yang bernas dan  baik. Tulis sahaja di dalam blog . Kerana penulisan di dalam blog sangat tajam. Akan ada anak mencari kembali apa mereka hendak cari nanti.

Akhir kalam daripada Naim, jom dengar nasyid sebagai halwa telinga...


SHARE 3 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS