Bulan Mei Sudah Datang

by Muhammad Naim Abdullah, Mei 05, 2023

kredit : https://thumbs.dreamstime.com/

 

Assalamualaikum semua, kepada sahabat-sahabat blogger. Terasa cepat masa berlalu kini bulan Mei 2023 sudah masuk hari kelima hari bulan.  Dan Syawal masih berbaki lagi boleh berpuasa enam hari di bulan Syawal . Ganjaran nya sangat besar.


Sahabat-sahabat semua, apa yang sedang berlaku sekarang boleh kita berfikir sejenak tak kira apa pun perkara kita sedang befikir. Dunia sekarang kena berfikir berkali-kali agar kita semua tidak mengulang kesilapan berkali-kali. Manusia ini susah menerima teguran kerana ego manusia sangat tinggi.  Dan sering mencari bibir permusuhan walhal ia teguran membina dan demi kebaikan  diri mereka sendiri.

Jika berhadapan mereka ini, terus menegur walhal pahit kita dapat hatta Naim sendiri pernah mengalami situasi sebegini. Rasanya ia menjadi kenangan terindah di dalam kehidupan naim kelak. Apa yang berlaku akan di tuntut di Mahsyar kelak dan mereka akan menerima sebaik-baik pembalasan daripada Allah kerana kecuaian mereka sendiri.

Sahabat-sahabat semua,sekarang cuaca panas terik, walhal Naim di kampung pun terasa terik panas. Baru-baru ini Naim memotong rumput mengguna mesin rumput galas. Masuk pukul 10.30 pagi mula terasa bahang panas matahari . Dah telah di catatkan ada dua kematian melibatkan dua orang kanak-kanak di sebabkan cuaca panas dan ia di namakan sebagai strok haba.

Oleh itu, kepada semua di nasihatkan kurang aktiviti di luar dan hadkan aktiviti di luar agar kita strok haba . Kerap minum air dan pakai pakaian yang nipis dan serap udara.  Golongan tua dan kanak-kanak cukup bahaya kepada strok haba. DI nasihatkan banyakkan minum air putih agar kita tidak hidrasi akibat cuaca panas akhir-akhir ini

Kalam akhir untuk entri pembuka bulan Mei ini. Naim harap semua sahabat-sahabat di dalam peliharaan Allah selalu. Insha Allah. 
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS