Assamualaikum dan selamat sejahtera kepada sahabat-sahabat blogger. Sebut sahaja Munif Hijjaz memang tidak asing di dalam industri nasyid tanah air. Sejak kebelakangan ini beliau banyak memberi nafas baru kepada beberapa judul nasyid lama. Yang pasti mengamit memori indah nasyid tanah air kita.
Judul nasyid kali ini adalah bertajuk Rayuan Nurani. Jika tidak silap Naim lagu ini di nyanyikan oleh kumpulan nasyid Saff One dan lirik ini jua di gubal oleh Munif Hijjaz sendiri. Memang best jika di dengar berulang-ulang kali kerana ada mesej di dalam lirik ini.
Sepotong lirik yang patut kita bermuahasabah diri balik iaitu :-
"Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berliku
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran
Ku tahu jalan bahagia
Penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan beri kekuatan pada ku "
Kita sebagai manusia yang lemah tidak terlepas melakukan kesilapan di atas dunia ini. Tidak menjadi kesalahan untuk kita berpatah balik kembali kepada Allah dan mengambil jalan yang lurus dan jalan keredhaan Allah. Agar kehidupan kita sentiasa di pandu oleh Allah.
LIRIK
Di antara kudrat Tuhan
Dia mencipta mnusia
Sebagai khalifah mentadbir bumi ini
Juga sebagai hamba nan berbakti dan berbudi
Ingatlah Tuhan yang Maha Kuasa
Ombak yang menderu
Dedaun berterbangan
Terkadang mengkhayalkan diriku
Terlupa aku pada pencipta yang Esa
Yang sentiasa melihat diriku
Di mana... Di mana berada
Di mana... Oh di manakah diriku
Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berliku
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran
Ku tahu jalan bahagia
Penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan beri kekuatan pada ku
Demi mendapat keredhaan dari Mu
Sanggup ku tempuhi ranjau yang penuh berliku
Dengan rahmat Mu ya Tuhan
Selamatkanlah diriku
Dari seksaan api neraka Mu
VIDEO
lama tak dengar lagu hijjaz.. dh keluar lagu baru ya
BalasPadam