Trend Wanita Hisap Vape- Pelik Tapi Benar?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 10, 2023

kredit  https://www.kosmo.com.my

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat-sahabat blogger. Trend wanita hisap vape  mutakhir makin menjadi-jadi, kepulan asap vape di tempat awam menyebabkan orang awam yang berada persekitaran menjadi tidak selesa dengan sikap kurang sivil sebegini.


Tercetus idea ini pabila semasa Naim membonceng motorsikal lalu di hadapan Aman Central Alor Setar, terlibat dua orang gadis berusia 19 tahun ke atas lintas jalan dan di tangan  kanan memegang pod vape lalu ia menghisap vape menghembus asap. Memang dahsyat sekali jika ia lelaki nampak biasa la, akan tetapi ia seorang wanita. Kerana wanita sifat malu dan sopan santun kena ada walhal ia berada tempat awam sebegini.

Ia menjadi normal dan biasa kerana ia sudah menjadi trend masa kini walhal hatta instafamous wanita jua menjual pod dan flovour vape secara live dan online. Ini menjadi masyarakat kita kurang beradab dan sopan tatkala di tempat awam. Kerana tempat awam sentiasa di kunjungi ahli keluarga yang membawa anak-anak yang berusia  kurang 5 tahun ke bawah mudah terdedah kepada penyakit dan asap vape ini tinggi nikotin.

Hatta di dada akhbar telah memaparkan kesan jangka panjang di mana, kesan vape ini membuat kerosakan paru-paru yang sangat tinggi. Boleh rujuk link di bawah beberapa berita tentang wanita dan vape :-







Oleh itu, kepada ibu bapa kena lebih peka dan tegur anak-anak lelaki dan wanita agar tidak menghisap vape di usia muda kerana mudah mudharat kepada kesihatan mereka. Kesian muda sudah menghidap penyakit kronik. Sesungguhnya Allah memberi tubuh yang sihat agar kita manfaat kepada kebaikan. Akhir sekali jom dengar nasihat daripada Ustaz Azhar Idrus.

SHARE 5 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS