Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, pada 7 September 2023, laman web Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jitra dilancarkan.
Laman web ini bertujuan untuk memudahkan rakyat Jitra mendapatkan segala maklumat secara pantas dan berkonsepkan "One Stop Centre". Inisiatif ini sebagai permulaan menjadikan Jitra ke arah "SMART DUN".
Kemudahan yang telah tersedia di dalam laman web ini adalah ruangan aduan, cadangan, bantuan pendidikan, bantuan kebajikan, khairat kematian dan direktori. Laman web ini akan sentiasa dikemas kini dan dinaik taraf dari semasa ke semasa.
Buat warga Jitra, laman web ini adalah untuk anda. Semoga dapat memberikan manfaat dan kemudahan kepada semua.
Layari laman web di : https://jitrasejahtera.com
Dr. Haim Hilman Abdullah
Ahli Dewan Undangan Negeri Jitra
Add your comment
sila tinggal kata-kata anda: