Salam Maulidur Rasul 1445H

by Muhammad Naim Abdullah, September 28, 2023

Salam Maulidur Rasul 1445H

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat-sahabat blogger. Di kesempatan ini, Naim mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua sahabat-sahabat blogger. Kita selami pergorbanan Nabi Muhammad kepada umatnya. Insha Allah.

Sahabat-sahabat semua, mutakhir ini kita dapati ramai masyarakat kurang mengambil berat tentang sunnah-sunnah Baginda Nabi Muhammad. Kekadang mereka berkata ia remeh dan kolot atau bahasa lebih muda ketinggal zaman. Ini bahana apabila barat telah memecah tradisi dan membiak di dalam kehidupan masyarakat generasi muda .

Oleh itu, marilah kita hidupkan kembali sunnah-sunnah Baginda Nabi Muhammad bermula dengan diri kita dahulu. Contohnya lelaki di sunatkan menyimpan janggut. Niatkan menyimpan janggut kerana mengikuti sunnah Baginda Nabi Muhammad. Ia sudah mendapat pahala 2 kali iaitu pahala niat dan pahala sunnah. Jika Hari Jumaat pula, di galakkan berpakaian serba putih dan memakai wangian iaitu wangia kasturi. 

Sahabat-sahabat semua, jangan tinggal berselawat. Kerana selawat ini penhubung kita dengan Baginda Nabi Muhammad. Tiap kali kita berselawat, Malaikat akan memberi tahu kepada Nabi, hatta nama kita berserta nama bapa kita selagi. Sekali kita berselawat, Allah membalas kembali 10. Subbna Allah, nikmat kita bernabikan Nabi Muhammad.

Akhir sekali, semoga cinta kita kepada Nabi Muhammad bukan sekadar Mauidur Rasul semata-mata. Tetapi cinta membekas di hati kita semua. Insha Allah.


Sudah lama hati merindu
Dengan kekasih yang satu
Bilakah masa dapat bertemu
Dengan kekasih agungmu

Kakiku kan terus melangkah
Menuju ke bumi Madinah
Selangkah demi selangkah
Dekatkanlah kami Ya Allah

Undanglah Kami Ya Rasullullah
Undanglah Kami  Ya Habibullah

Air mata terus mengalir
Hatiku tetap rasa khuwatir
Apakah kita kan terpisah
Bantulah cintaku Ya Allah.

Tiap kali ku berjalan,
memandang batu di jalanan,
Mengingatkanku batu Makkah,
salam kepada Rasulullah,

Manakah mungkin dapat lari
Dari mengingati MU Nabi
Jika amalan setiap hari
Ia Sunnah Baginda Nabi

Manakah mungkin hatiku sunyi
Dari limpahan rahmatMu Rabbi
Jika lisanku setiap hari
berselawat padamu Nabi

SHARE 7 comments

Add your comment

  1. salam maulidur rasul... moga kita semua mendapat syafaat dr baginda di sana nanti.. aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Maulidur Rasul kak, semoga sihat sentiasa.. :)

      Padam
  2. singgah sini sat ^^ & follow dari http://www.thefox.my/

    BalasPadam
  3. allahumma solli ala muhammad mari kita bykkan selawat semoga mendapat syafaat

    BalasPadam

  4. Manis2 buah ceri,
    manis lagi pembaca komen ni,
    Kalau diri tu sudi,
    jom la join segmen ni. >_<

    jemput join segmen Cuya :D Marilah memeriahkan lagi!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/10/segmen-review-bersama-cuya-si-primadonno.html

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS