Akhir Tahun 2023 Bakal Berlabuh Tirai

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 03, 2023

2023 Bakal Berlabuh Tirai

 

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat blogger. Disember 2023 sudah menjelma. Ia memberi alamat tahun 2023 bakal berlalu dan tahun 2024 bakal menjelma. Sahabat-sahabat semua , sebelum Disember ini berlalu, mari kita singkap beberapa episode yang menarik .

Sebenarnya apa sedang berlaku di negara Filistin ini memberi isyarat kepada kita umat Islam di Malaysia bagaimana peperangan ini memberi kesan sangat berat. Alangkah sedih Naim melihat hiburan di Astro pada malam ini sangat tidak sensitif dan peka yang sedang berlaku di sana. Kita kuat pada semangat semata-mata tetapi tindakan nya kurang.

Kita berdoa kepada Allah memelihara saudara-saudara kita di sana. Berita yang datang dari sana di sekat pelbagai platform media.  Hnaya blogger masih di tahap selamat lagi.  Dan tidak tahu sejauh mana kita dapat  bertahan lagi.

Entri pada malam ini adalah bebas, kekadang kita berharap seseorang blogger singgah pada blog kita dan tinggal kan komen. Walhal kita tidak balas kunjungan blog mereka . Ia ada pada segelintir blogger yang ada waktu sekarang. Walhal diri Naim pun sama juga. Dan Naim tersertak kenapa orang tak datang lagi. Di sebabkan kita malas untuk kunjung ke blog sahabat-sahabat blogger dan tinggalkan komen.

Cubalah balas komen mereka setiap entri yang mereka singgah dan kemudian pergi ke blog mereka komen di entri terbaharu. Jika tidak,  pergi sana membaca dan klik beberapa entri dan terus membaca dan ia memberi PV yang sangat baik. Itu satu expiremen naim la. hehe

Jadilah akhir tahun ini, anjakan paradigma kepada diri kita termasuk Naim sendiri. Janganlah kita ego melihat komen ramai di entri kita dan kita biarkan entri sahabat-sahabat kita kosong sahaja. Jenguh la selalu. hehe
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. zaty setuju sangat. masyarakat macam tidak kisah dengan isu yang sedang berlaku di Palestine dan masih leka dengan hiburan dunia yang sementara. like i really condemn their silences and actions. I wish we could do more for Palestine. and yah zaty setuju sangat dengan experiment tu. boleh eratkan lagi silaturahim sesama blogger hehe.

    BalasPadam
  2. Kes Palestin ramai dah slow, kita doakan kebaikan mereka di sana

    BalasPadam
  3. Begitulah dunia kan, semoga makin ramai cakna, dapat petunjuk dan jauh dari kemungkaran. First datang blog ni kot. follow terus la,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertama kali, terima kasih Puan sudi follow blog Naim ini

      Padam
  4. Memang tidak lupa pada saudara kita disana...doa yang terbaik utk mereka, sampai masa mereka pasti akan memang, dan sememangnya mereka layak diberi syurga. Sedangkan kita? Entah manalah dicampak nanti

    Kalau tak blogwalking , memang susah juga nak dapat komen. Macam Cuya la... sebab kita bukan blogger femes, jadi dengan BW je baru ada kunjungan. Cuya pulak jarang sebarkan link blog. Kalau sebarkan, ada saja yang singgah. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita. hehe. Semoga kita sentiasa support rakan blogger

      Padam
  5. Memang tidak lupa pada saudara kita disana...doa yang terbaik utk mereka, sampai masa mereka pasti akan memang, dan sememangnya mereka layak diberi syurga. Sedangkan kita? Entah manalah dicampak nanti

    Kalau tak blogwalking , memang susah juga nak dapat komen. Macam Cuya la... sebab kita bukan blogger femes, jadi dengan BW je baru ada kunjungan. Cuya pulak jarang sebarkan link blog. Kalau sebarkan, ada saja yang singgah. hehe

    BalasPadam
  6. Tahun 2023 akan pergi buat selama-lamanya dan tahun 2024 bakal cipta sejarah buat kita semua

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS