Assalamualaikum dan selamat malam semua. Pada malam ini Naim hendak share satu single baharu dari Apak yang bertajuk Seruling Mimpi. Tajuk lagu dah tahu betapa sastera atau metafora sudah memadai kita untuk memahami lirik lagu ini.
Jom kita hayati lirik dahulu lepas itu kita 'bedah' sedikit lagu ini.
LIRIK
Ku kembali Sendiri Berteman Sepi
Perjalanan Harungi Sunyi
Siapa Mengerti Maksud Mewarnai
Lukisan Hati Yang Tersembunyi
Ku Nyanyikan Puisi Seruling Mimpi
Kemana Pergi Laluan Kasih
Siapa Peduli Kembara Ku ini
Biarku Pergi Di Jalan Ilahi
Cintaku Ini Bukan Aku Yang Memiliki
Tapi Sekadar Ku Merasi
Cintamu Pasti Santuni Alam Ini
Yang Meliputi Tiap Nadi...
Ku Nyanyikan Puisi Seruling Mimpi..
------
Kali ini Apak membawa lagu yang penuh sastera dan dan lagu ini sampai ke dalam hati pabila dengar waktu malam di temani dingin malam sejuk di kalangan musim hujan hehe.
Part yang paling yang 'sentap bagi Naim iaitu :-
"Cintaku Ini Bukan Aku Yang Memiliki
Tapi Sekadar Ku Merasi
Cintamu Pasti Santuni Alam Ini
Yang Meliputi Tiap Nadi..."
Maksud Cinta ini sangat luas dan ia lengkapi semua. Apa kefahaman Naim ialah cinta terhadap manusia tidak setanding dengan cinta Allah terhadap hamba-hambaNYA. Terasa ke hati pabila dengar sampai lihat lirik Seruling Mimpi ini.
Naim harap lagu ini mendapat tempat semua pendengar di luar sana. Dah lama industri lagu ketandusan lagu-lagu sebegini. Mantap Apak!
Deep liriknya
BalasPadamYa kak, lirik sangat syahdu
PadamLagu sastera suka dengar waktu malam. belum pernah dengar lagu ni, boleh tengok dekat Youtube lepas ni. Thanks share.
BalasPadamSama-sama :), Semoga bermanfaat
Padammmg puitis bila baca liriknya tu
BalasPadam