Menulis Biar Dari Hati

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 01, 2024
kredit https://encrypted-tbn0.gstatic.com/
 

Assalamualaikum dan  selamat pagi semua. Bulan Jun sudah masuk, sudah 6 bulan kita sudah berada pada tahun 2024. Nampaknya pelbagai cabaran kita sudah hadapi bukan. Tahun 2024 boleh di katakan sangat mencabar dan kita sudah masuk 7 8 bulan saudara-saudara kita sedang menghadapi peperangan. Mari kita berdoa agar mereka selamat.


Menulis di dalam blog nampaknya senang sahaja, jika tidak ada idea memang ke laut blog ini tergendala. Jujur dari hati , nampak rakan-rakan blogger update setiap hari  di blog masing-masing rasa cemburu kunjung tiba . Apakah daya idea tidak sampai. Menulis di dalam blog perlu ikhlas dan penuh dengan hati. Bukan apa kekadang menulis tanpa perasaan dan hati memamg bukan berkesan untuk menarik pembaca membaca di blog kita ini.

Hendak menulis lebih 3 perenggan susah payah memerah otak apa yang hendak menulis. Memang tangan cepat sahaja menekan key board dengan huruf-huruf di tekan di dashboard ini. Kekadang emosi melangkaui batas dan kewarasan berfikir. Memang hendak menulis perlu ada mood yang baik, jika tidak hanya berlalu sahaja seperti log in dan log out.

Otak yang tepu juga menjadi masalah yang besar kepada blogger. Naim melihat blogger masih lagi relevan dengan perkembang pesat AI di dalam dunia teknologi sekarang.  Masyarakat kita lebih terdedah kepada video dan kurang kepada pembacaan dari pelbagai genre. Ini membuat masyarakat kita menjadi static kepada sesuatu benda sahaja. Jujur Naim cakap, mereka membaca ke arah menghafal bukan menghayati apa yang terkandung di dalam sesuatu bacaan tersebut.

Contoh nya lagu trending dengan penyanyi auto tune dengan penyanyi memang suara asli orginal. Berbeza pabila beliau ambil part tingggi.Penulisan lirik juga menjadi peranan besar pada satu-satu lagu yang di persembahkan. Lirik berunsur lucah dan double meaning menjadi nyanyian anak-anak muda berbeza lagu yang penuh isi tersirat seperti di bawah ini.

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Bila bercerita tema pengalaman, lebih banyak engagement dari pembaca.

    BalasPadam
  2. Betul itu menulis kena daripada hati.

    BalasPadam
  3. Menulis dari hati memang tak sama feelnya...

    BalasPadam
  4. tulislah apa yg kita suka, insyaAllah idea pasti tiba..

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS