Terus Melangkah Walhal Diri Mu Tersakiti

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 24, 2024
 Assalamualaikum dan selamat malam sahabat-sahabat semua. Hampir sebulan  tidak menulis di dalam ruang blog ini. Terasa berat dan malas sudah memeluk tubuh badan ini. Kini ku gagah kembali menulis di blog kesayangan Naim ini.

Pernah kalian merasai kesakitan ? Naim yakin semua pernah lalui pengalaman yang sangat perit di dalam kehidupan. Sebagai contoh terdekat pada diri kita semua, bagaimana bersusah payah melawan satu penyakit berjangkit iaitu COVID-19 yang melanda negara kita pada bulan Mac 2020. Dari situ kita lalui pelbagai cabaran yang mencabar, di mana ada sahabat-sahabat yang di hentikan pekerjaan kerana ada sektor industri tidak boleh beroperasi semasa PKP.

Pada waktu yang sama, kita terus melangkah masuk bulan Ramadhan , yang lagi sayu kita tidak boleh ke surau dan masjid asbab penyakit ini merebak melalui udara. dan Hari Raya Aidilfitri juga sambut di dalam rumah sahaja. Tiada  tetamu demi menjaga kesihatan . Betapa nikmat Allah bagi ketika itu, air mata mengalir bak air terjun baru di beri ujian sebegini kita tidak mampu menangani . Alhamduillah, hampir 3 tahun kita bersama-sama COVID-19 dan akhir ada penawar iaitu Vaksin. Vaksin adalah satu ikhtiar.

Sahabat-sahabat semua,  kita akan terus melangkah jika kita di beri kekuatan daripada Allah. Namun nama manusia tidak terlepas berasa kecewa dengan kehidupan ini. Kekadang manusia ini ada sifat tamak, penting diri sendiri hatta sanggup melakukan satu perkara tanpa memikirkan halal dan haram. Demi wang yang banyak sekali.

Jangan kita di murkai oleh Allah. Bertaubatlah jika kita masih bersama-sama orang yang menghina orang alim .Azab sangat besar terhadap orang melakukan kebiadapan terhadap orang alim. Kit tidak tahu orang alim , mereka boleh bangun tengah malam berdoa dan kita masih di buai mimpi indah. Berkata-kata kurang ajar dan macam dia sahaja pakar segala bidang. Naim lihat semua ini di ruang realiti. Akan tetapi mereka terus lalai dengan dunia mereka. Semoga mereka akan sedar.

Hampir setahun bumi Palestin di bantai oleh rejim Zionis, namun orang awam menjadi sasaran mereka termasuk warga emas, kanak-kanak. Berlawan dengan orang bersifat binatang ini .Kena kuat mental dan fizikal, itu lekebihan yang di beri oleh Allah kepada penduduk Palestin. Kita di Malaysia wajib bersyukur dan kena banyakkan berdoa kepada mereka. Agar bantuan ALLAH dapat menyelamat mereka. Insha Allah.

SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS