Doa Senjata Mukmin

by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 17, 2009
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, ESQ Angkatan 4 Sarawak yang berlansung pada 31 Julai - 2 Ogos 2009 telah berakhir dengan meninggalkan seribu satu kenangan. Saya merupakan ATS ( AJK) untuk kali ini. Pada mulanya, seorang sahabat meminta bantuan saya untuk menjadi ATS Angkatan 4 Sarawak, agak keberatan bagi saya untuk balik ke Sarawak memandangkan tiket daripada Johor ke Sarawak agak mahal masa tu, namun rezeki datang tanpa diduga, tiba-tiba abang saya telefon dan memaklumkan bahawa dia telah menempah tiket yang tarikhnya sama dengan ESQ Angkatan 4 Sarawak berlangsung. SubhanaAllah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semasa 3 hari bersama-sama dengan peserta, banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan namun ada 1 peristiwa yang terkesan dan terpahat di hati. Pada hari terakhir ESQ, ada 1 aktiviti yang memerlukan setiap peserta untuk duduk berpasangan dan ada seorang peserta (Mr. Bong) yang tidak ada pasangan. Memandangkan dia seorang non-muslim, jadi dia perlu mencari pasangan non-muslim juga. Namun tiada non-muslim selain dia. Oleh itu, Rep Sarawak minta bantuan ayah untuk menjadi pasangan Mr Bong. Setelah selesai semuanya, saya pergi berjumpa dengan ayah untuk mengetahui apa yang berlaku. Ayah terdiam buat seketika dan dia hanya berkata, "Kita perlu followup balik nanti". Saya pun tertanya-tanya, apa yang kena followup? Saya bertanya lagi "Ayah, apa yang berlaku?". Ketika itu baru ayah menceritakan apa yang berlaku. Semasa ayah duduk berhadapan dengan Mr Bong dan memeluknya, ayah tanyakan kepada Mr Bong, "What actually do you want in your life?". Mr Bong menjawab, "I want to find the truth". Ayah mengulangi soalan yang sama buat beberapa kali dan jawapan yang sama diterima daripada Mr Bong. Kemudian aktiviti berhenti seketika, pada masa tersebut ayah sempat bertanya kepada Mr Bong, "If you don't mind, may I pray for you?" dan Mr Bong menjawab, "Yes". Dan dihadapan Mr Bong, ayah menadah tangan dan berdoa, "Ya Allah, bukakanlah pintu hati saudaraku ini. Berikanlah dia hidayahMu. Tunjukkanlah dia jalan yang benar. Hanya Engkau yang berhak Ya Allah. Bantulah dia". Dan ayah berkata lagi kepada Mr Bong, "You are not my friend but you are my brother". Kemudian, aktiviti yang terhenti sebentar tadi bersambung kembali. Ayah memeluk Mr Bong dan sekali lagi ayah meminta izin, "May I azan you?" dan Mr Bong menjawab, "Yes, you may". Ketika ayah mengazankan di telinga Mr Bong, hati ayah bergetar dan tubuh ayah kesejukkan. Setelah selesai ayah mengazankan Mr Bong, dalam suasana dewan yang penuh dengan tangisan, Mr Bong berkata, "I FIND THE TRUTH HERE, IN THIS ROOM!". SubhanaAllah! Allahu Akbar! Mr Bong kemudian meminta email ayah dan nombor telefon ustaz yang ketika itu juga bersama-sama menjayakan ESQ. Itulah yang ayah maksudkan, "Selepas ini kena followup balik". Sahabat-sahabatku, saudara-saudaraku, para ATS, para Alumni ESQ, muslimin dan muslimat, mohon untuk doakan Mr Bong mendapat hidayah daripadaNya dan Allah bukakan hati dia untuk menerima cahaya 165 (ihsan, rukun iman dan rukun islam). 'DOA ADALAH SENJATA MUKMIN' Wasalam. rujukan daripada
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS