Poster Gambar Mb Kedah dikoyak?

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 30, 2009
salam eidil adha kepada semua.. baru-baru ni naim sedang ronda-ronda pi aloq staq ibu kota negeri kedah,nain dapati signboard gambar MB kedah Dato Seri Azizan dikoyak oleh pihak tidak bertanggungjawb. Mungkin ini ada kaitan denagn politik?? Hanya Allah sahaja yang tahu... Mengapa perlu hasad dengki pada 

kerajaan yang baru ini. apa salah mereka??? bukan mereka sama agama dengan kita semua..Adakah mereka penting parti mereka sahaja? adakah slogan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua tidak sesuai.atau ini yang sesuai Kedah Menang Rakyat senang oleh itu pada mereka itu.bertaubatlah.......


Memaknakan Aidiladha Dengan Hati

by Muhammad Naim Abdullah, November 29, 2009

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pengunjung www.iluvislam.com sekalian. Bersyukur ke hadrat Allat swt kerana kita masih diberikan kesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Alhamdulillah kerana diberikan kesempatan untuk terus bertebaran di muka bumi ini. Sentiasalah mengambil iktibar daripada peristiwa-pertistiwa insan yang terlebih dahulu meninggalkan kita. Semoga hati-hati kita sentiasa bersedia untuk menyusul mereka kelak. Rehat yang pasti di alam kubur sana. Soalnya `rehat` dalam bahagia ataupun terseksa? Erti Hari Raya Aidiladha Apa agaknya erti Hari Raya Qurban buat setiap daripada kita? Jika soalan ini diajukan kepada anda yang membaca. Apakah jawapan yang bakal diberi? "Menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim". "Menghayati erti berkorban". Pasti banyak jawapan yang akan diberikan secara spontan. Saya menyoal lagi, apakah jawapan ini datang dari hati? Apakah jawapan ini merupakan pandangan dan pemerhatian kita sendiri (berasaskan Islam pastinya). Mungkinkah jawapan ini hasil daripada copy-paste daripada seseorang? Bukanlah ingin saya mengatakan salah untuk menjawab menggunakan pendapat ustaz ataupun ustazah yang memberikan pengertian Hari Raya Qurban. Jauh sekali saya ingin menyatakan maklumat di majalah serta buku-buku agama itu salah. Cuma, saya suka untuk membawa semangat carilah jawapan dari dalam hati. Mencari Erti Dari Dalam Hati "Jangan banyak bertanya. Boleh sesat". Satu ayat yang pernah singgah dalam hidup saya. Mencari itu sesat? I listened. Namun selepas suatu ketika, semakin mengenal Islam, semakin saya memahami erti pencarian. Hidup sebagai seorang Muslim ini perlu penuh pencarian. Pencarian sepanjang kehidupan! Proses pencarian itu melibatkan berfikir dan bertanya. Tidak dapat tidak. Membawa dimensi baru dalam pemikiran bahawa mencari agar tidak sesat. Ertinya, tidak mencari lebih menyesatkan! Berbalik kepada erti Hari Raya Aidiladha. Sememangnya digalakkan untuk kita membaca artikel berkaitan dengannya. Tidak membaca boleh membawa sesat juga. Taklid buta. Cumanya, saya ingin membawa semangat, nilailah kembali hasil bacaan. Fikirkan dan simpulkan. Kita semua pernah belajar membuat kesimpulan dalam matapelajaran Bahasa Melayu bukan? Mudah sahaja right? Carilah erti agar kita akhirnya mempunyai satu pandangan dan jawapan yang tersendiri. Erti Hari Raya Qurban yang lahir daripada hati. Setiap daripada kita berbeza. Punya kisah yang berbeza. Ambillah iktibar daripada peristiwa Qurban untuk disesuaikan dengan kisah kehidupan kita. Apakah pengorbanan yang ingin kita lakukan? Mungkin ini membantu kita menjawab erti Hari Raya Aidiladha kita pada tahun ini. Ambillah masa sekejap untuk berfikir dan mencari jawapan. Jawapan itu ada di dalam hati. Jujur pada diri. Berdoalah tatkala mencari, Allah mendengarnya. Justeru, Saya bertanya sekali lagi pada pemilik hati-hati yang membaca. "Apakah erti Hari Raya Aidiladha buat anda?" Ambil masa, tanya pada diri, berfikir dengan tenang, selamilah hati. InsyaAllah, jika bukan saat ini, pasti akan bertemu jawapannya. Syaratnya perlu teruskan mencari. Seruan saya, marilah memaknakan Hari Raya Aidiladha. Mencari erti dengan mata hati. Mencari erti dengan sabar dan solat. Wallahu`alam. dipetik di www.iluvislam.com

Pelajar maut bersama kertas kerja

by Muhammad Naim Abdullah, November 20, 2009
JITRA - “Apa yang kami kesalkan bila arwah meminta supaya kami menunggunya untuk ke kuliah bersama kami tidak berbuat demikian sebaliknya meninggalkan kerana sudah lewat. “Kami bergerak dahulu ke kelas dan kurang dari 30 minit berada di kelas kami menerima panggilan yang dia kemalangan dan meninggal di tempat kejadian,” kata Khairul Azuan Ishak, 19 rakan Allahyarham Saiful Arjuna Mohd Rosdi, 19 yang maut dalam kemalangan tengah hari, kelmarin. Kemalangan yang berlaku di Jalan Hadapan Kilang Permintech, Bandar Darulaman itu menyebabkan Saiful Arjuna Mohd Rosdi yang menunggang motosikal dikatakan merempuh bahagian belakang lori yang pada ketika itu sedang membelok ke kanan jalan sehingga menyebabkan mangsa terpelanting ke bahu jalan dan meninggal di tempat kejadian. Rakan mangsa, Khairul Azuan Ishak berkata, kertas kerja berkumpulan yang siap untuk dibentangkan di dalam kelas turut bersama mangsa yang akan diserahkan kepada pensyarah, namun, ia tidak kesampaian. Menurutnya, Saiful menunjukkan sedikit perubahan kerana sebelum ini tidak pernah mudah dan cepat melenting tetapi bersikap demikian sejak tiga hari sebelum kemalangan itu. “Kami tidak sangka sikapnya berubah sebelum dia tinggalkan kami semua. Kami kesal kerana tidak tunggu dia untuk ke kelas bersama,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Jitra, petang kelmarin. Khairul Azuan berkata, mereka sepatutnya bertolak ke kelas bersama beberapa lagi rakan serumah yang lain tetapi meninggalkannya yang ketika itu sedang memakai kasut. Mangsa, Saiful Arjuna Mohd Rosdi adalah pelajar semester tiga kursus Sijil Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas) adalah anak sulung daripada empat adik-beradik. Menurutnya, selepas mendapat tahu rakannya itu kemalangan, dia dan rakan yang lain terus bergegas ke tempat kejadian. “ Kami nampak serpihan bahagian motosikalnya di atas jalan, ketika mayat ditutup saya nampak tangan rakan saya itu yang menguatkan lagi berita yang kami terima. Kami sedih dan kesal dengan apa yang berlaku,” katanya. Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Rosdi Yahya, 44, berkata, kali terakhir dia bertemu dan bersembang dengan anaknya itu ialah kira-kira pada seminggu yang lepas ketika mangsa pulang ke rumah sempena cuti hujung minggu. “Ketika cuti dia jarang berada di rumah kerana sering memenuhi masanya dengan kerja sambilan. Tiada sebarang petanda pelik yang saya dilihat. “Dia seorang anak yang rajin dan lebih rapat dengan ibunya. Apa-apa sahaja masalah dia sering berhubung dengan isteri saya,” katanya kepada Sinar Harian di perkarangan rumah mayat, petang kelmarin. Mayat mangsa dibawa pulang ke Kampung Kuala Dulang Kecil dan dikebumikan pada malam semalam. sinar edisi utara(19/11/09) http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story6024375.asp

Akhbar Mingguan iLuvislam Edisi Pengenalan

by Muhammad Naim Abdullah, November 20, 2009
Alhamdulillah, akhbar mingguan iLuvislam(edisi pengenalan) telah pun siap dicetak. Akhbar setebal 40 muka surat dengan kertas berkualiti dan berwarna-warni, memaparkan isu kontemporari Islamik, dalam negara, luar negara dan pelbagai lagi kisah yang umat Islam dan bukan Islam. Ia sepatutnya dijadikan koleksi mingguan kita semua dalam usaha mencari cinta; cinta yang sempurna. InsyaAllah ia boleh didapati di pasaran bermula esok pagi dan akan sepenuhnya berada di pasaran pada hari Isnin. Menurut sumber, di mana ada jual akhbar Sinar Harian, di situ juga ada jual akhbar iLuvislam. Mengikut perancangan pihak pengurusan, insyaAllah akhbar ini akan dirasmikan pada 19 Disember 2009. Team event iLuvislam.com Malaysia bersama-sama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB) akan menganjurkan sebuah aktiviti istimewa sempena majlis pelancaran tersebut. Edisi pertama (01) akhbar majalah ini akan bermula pada 1 Januari 2010, setiap hari Jumaat, dijual dengan harga RM2.00. Dikesempatan ini, saya mewakili pihak pengurusan iLuvislam.com dan krew-krew iLuvislam.com, ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada CEO/Group Managing Director KKSB, Dato' Hussamuddin Yaacub, pihak pengurusan KKSB terutamanya Kak Fir (Penerbit Eksekutif), Abang Nong (Pengurus Perancangan Korporat), Abang Afif (Pengurus New Media), Abang RJ (Pengurus Pemasaran Jenama), Kak Salina (Managing Editor), Kak Fouziah (editor akhbar iLuvislam) dan semua individu yang terlibat dalam menjayakan penerbitan akhbar ini. Terima kasih dan tahniah kerana berjaya menukarkan suatu mimpi menjadi realiti. InsyaAllah, kita sama-sama doakan agar usaha sederhana dalam merancakkan lagi media islamik di Malaysia, akan diberkati oleh Allah SWT. Syurga Firdaus bukan mudah untuk dimasuki. Namun, itulah visi jangka panjang kami dan kita semua sepatutnya. Mari kita sama-sama muhasabah, apakah usaha dan komitmen yang kita lakukan untuk mencapainya. Jangan berlengah lagi, pastikan akhbar iLuvislam menjadi pilihan mingguan anda. Dapatkan edisi pengenalannya di pasaran dengan hanya RM 1! Pelaburan anda pasti berbaloi! sila klik image utk paparan lebih besar

Saat Kematian Akan Tiba

by Muhammad Naim Abdullah, November 19, 2009
saje post juga .. jom baca ::: kelmarin ,ana dapat berita yg amat menyedihkan sekali, seorang pelajar polimas mati kemalangan jalan raya. Seorang pelajar jurusan Elektrik mati di tempat kejadian. menurut sumber2 yg boleh dipercayai beliau dipercayai dilanggar oleh kereta... jasad beliau remuh sama sekali.......Bila tiba di bilik mayat,rakan seperjuangan menziarah mayat beliau tetapi sudah berlain daripada dulu...Semoga Allah merahmati roh beliau.Ssungguhnya saat kematian akan tiba x kira masa dan temapt kita berada..Hari Raya Adiladha akn tiba dalam seminggu lagi ,bagaimana perasaan ibu jika anak kesayangan tidak ada bersama denagn dia. sungguh sedih hati ibu..Hamba Allah itu dijemput oleh allah ketika untuk mencari ilmu bekalan di dunia dan di akhirat jua.Adakah Dia dikira Syahid di jalan Allah untuk menuntut ilmu.Hanya Allah sahaja mengetahuinya. Oleh itu kepada semua ,berhati-hati di jaaln raya. akhir kalam .mar kita sedekah al-fatihah kepada Hamba Allah tu..al-fatihah : 1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). 5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. 6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus. 7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

budak kecil paling chomey

by Muhammad Naim Abdullah, November 13, 2009
nie anak bapa saudara. cute x. :) nama dia nurul . :)) suka sakat dia.. semoga nanti besar menjadi anak yg solehah
Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi Berpegang pada janji mengabdikan diri Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama Tiada siapa yang akan boleh merampasnya Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara Mahligai syurga itulah tempatnya

Haji Menuju Allah

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 10, 2009
 

 Haji Menuju Alloh Album : Munsyid : Nadamurni http://liriknasyid.com Pergi haji Artinya menuju Allah yang Esa Membawa hati dan diri yang hina Memberi hadiah kepada Allah Berhati-hatilah menghadap-Nya Setiap hamba Pergi haji dengan segala yang baik Hati yang baik akhlak yang baik Harta yang halal hati yang bersih Niat yang suci amal mulia Pergi haji Ilmu tentangnya mestilah ada Agar syarat dan rukun tepat sempurna Sah dan batalnya dapat dijaga Agar amalan hajinya tidak sia-sia Tata tertib dan akhlak kenalah jaga Buatlah dengan tenang serta tawadu' Sabar dan tolak ansur mestilah ada Jangan berkasar merempuh manusia Jagalah pantang larangNya Yang boleh rusakkan haji Jauhkan maksiat dan yang sia-sia Takutkan Allah yang esa Ingat selalu pada-Nya Agar kita sentiasa memiliki jiwa hamba Tanah haram jagalah pantang larangnya Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah


 Bila pulang macam - macam yang dibawa Nampak salah kita masih gila dunia Pergi haji Artinya menuju Allah yang Esa Membawa hati dan diri yang hina Memberi hadiah kepada Allah Berhati-hatilah menghadap-Nya Setiap hamba Pergi haji dengan segala yang baik Hati yang baik akhlak yang baik Harta yang halal hati yang bersih Niat yang suci amal mulia Jagalah pantang larangNya Yang boleh rusakkan haji Jauhkan maksiat dan yang sia-sia Takutkan Allah yang esa Ingat selalu pada-Nya Agar kita sentiasa memiliki jiwa hamba p/s:kepada jemaah haji semua,ikhlas hati semua untyuk bertemu Allah untuk mendapat keredhanNYa. bukan i=untuk pangkat 'HAJI' bila pulang ke tanah air.


 sesungguhnya rugilah pada mereka yang berfikir seperti itu. semoga Allah menjadi kalian smua tetamu Allah pada tahun ini .insyaAllah Bismillah.. kepada Allah Kami memohon kepadamu berkatilah kami untuk pergi bertemu Ya Allah. takbir!

Terus Sujud Di SisiMu

by Muhammad Naim Abdullah, November 09, 2009

Mendung berlalu pergi

Suria sinari Alam ini

Meniti Hari-hari

Ku lemas dalam keresahan

Titisan embun pagi

Hilang ditelan hari

Bunga dalam jambangan

Namun tidak kelihatan di mata

Oh Tuhan

Kau tujukkan padaku Jalannya

Duri onak akan kuharungi

Dengan kerelaan di hati

Berikan ku kekuatan

untuk ku rempuh ranjau itu

Agar dapatku menghayati

Terus Sujud di SisiMU

Restuilah Langkah ini

PadaMU relaku serahkan

Jiwa ragaku ke SisiMU

Hanya padaMU

Oh Tuhan

Senyumlah

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 07, 2009
Saat menjelang tidur... Berharap esok masih berkawan pagi Melewati mimpi-mimpi dan lalu terjaga lagi Selalu begitu... Seiring waktu dan gerak nafsu Enggan tinggalkan pagi dan selalu ingin tetap berkawan pagi... Bukankah tetap akan mati? Jasadmu akan membusuk nanti... Terkubur bumi dan tiada lagi berkawan pagi... Pagi itu akan berlalu... Mengiringi tandu dan tebaran butir- butir debu Dari kaki-kaki para pelayat Maka hidupkanlah... Satu senyum menjelang tidurmu ‘Tuk sambut mimpi-mimpi duniawi... Tentang pagi dan secuil roti untuk sarapan pagi.. Karena mungkin... esok hari tiada lagi engkau berkawan pagi... Mati. Dan jadikan senyum itu... Sebagai warisan yang abadi.




Banjir-apa ini peringatan Allah?

by Muhammad Naim Abdullah, November 07, 2009
salam negeri dilanda banjir adalah klate dan ganu.,negeri kedah juga terkena tempias juga. apa ini peringatan loleh Allah kepada kita semua.. hidup kita selalu berpaksi pada dunia sahaja,umat melayu selalu berpecah kerana fahaman idealogi politik. MasyaAllah Ya Allah,ampunkan dosa2 kami jika selalu alpa dengan peringatan mU (^_~)

Kasih Sayang Allah Kepada HambaNya

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 06, 2009
Seandainya manusia ingin menghitung nikmat-nikmat pemberian Allah swt, maka mereka tidak akan mampu menghitungnya. Sekalipun air laut dijadikan tinta, seluruh ranting kayu dijadikan pena dan dedaun pokok yang ada di muka bumi ini dijadikan kertasnya, maka ia tidak akan pernah selesai. Betapa besar dan banyak nikmat yang Allah swt kurniakan disekeliling kita. Tetapi kita sering lupa dan lalai untuk bersyukur kepada yang Maha Memberi. Malah kita membalas dengan menggunakan nikmat-nikmat itu untuk melakukan maksiat kepadaNya. Ketika kita melangkah kaki keluar, menghayunkan tangan, menghirup udara yang segar dan menikmati cahaya matahari yang terang dan bersinar, pernahkah kita terfikir dari mana datangnya semua nikmat-nikmat ini? Sekiranya Allah swt mengarahkan semua kemudahan dan nikmat yang diberiNya kepada kita harus di bayar menggunakan wang, berapa banyak yang harus kita keluarkan untuk membayar semua itu? Tepuk dada tanya iman.

Kita sering lupa dan melupakan apa yang kita miliki. Sebaliknya selalu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan apa yang kita belum miliki. Mungkin kita harus bertanya soalan ini kepada diri sendiri: "Mahukah aku kalau ada orang mahu membeli sepasang mataku dengan jutaan ringgit?". "Mahukah aku tukarkan kedua-dua belah tangan ku ini dengan emas yang bertan-tan?" Dan bahagian-bahagian tubuh kita yang lain. Hati, buah pinggang, jantung, dan lain-lain? Siapakah yang mahu menukar hidupnya dengan seluruh harta benda duniawi? Ingatlah, hidup ini sendiri adalah nikmat dari Allah swt. Firman Allah yang bermaksud; "Maka nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan?" InsyaAllah, semoga kita sama-sama dapat renungkan. Mari kita terus bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah dan terus sabar mengahadapi ujianNya.

Peperiksaan Oh Peperiksaan..!

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 05, 2009

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
“Macam mana ni,peperiksaan dah dekat sangat. Ana tak habis ulangkaji lagi.. Habislah ana.. mesti tak dapat jawab. Gagallah ana nanti..” “Peperiksaan?... ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. saya takut..” “Mestilah belum bersedia.. Aku rasa kalau aku cuba sedaya upaya pun, aku tahu, tak akan sempat aku habiskan ulangkaji semua subjek tu…” Inilah luahan-luahan yang sering dan mungkin selalu kita dengar apabila menjelangnya peperiksaan. Apabila menjelang peperiksaan, hati semakin berdebar-debar. Tahap kerisaun mula meningkat. Pemikiran pun mulalah memikirkan pelbagai perkara-perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Pemikiran itu kemudiannya pula ditafsirkan oleh otak dan diubah kepada gambaran-gambaran. Ana, yang juga merupakan salah seorang mahasisiwi amat memahami keadaan yang digambarkan di atas dan turut jua melaluinya. Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan. Ya,benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban. Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.
“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran” ( surah Al-Asr: 1-3)
Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja. Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai. Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas. Berikut adalah langkah-langkahnya: 1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi 2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti 3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca 4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani. Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan. Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi. Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita. Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran. Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya. Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru. Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri. Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya. Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Luruskan Hatiku Tuhan

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 02, 2009
Luruskan Hatiku Tuhan
Album : Terimakasih Tuhan Munsyid : Mawaddah http://liriknasyid.com
[00:34.64]Ya.. Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku [00:44.70]Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus [00:51.72]Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu [00:58.94]Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat [01:05.79]Dengan ujian yang menimpa [01:10.37]Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati [01:16.92]Bersihkanlah hatiku, agar masmumahku [01:23.06]Tidak merosakkan agamaku [01:27.79]Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain [01:38.46]Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati kuatkanlah hatiku [01:49.33]Agar keyakinanku tak berobah [01:54.69]Supaya aku sentiasa tabah [02:01.60]Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku [02:08.97]Sentiasa bersama-Mu [02:16.04]Supaya aku rasa, ada kawan melindungku [02:23.16]Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku [02:32.34]Aku merasa malu melanggar perintah [02:39.44]Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu [02:50.48]Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati [02:57.40]Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik [03:08.13]Supaya tidak khianat, dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia [03:20.75]Tuhan, limpahkan kedalam hatiku [03:27.97]Ilmu dan hikmah [03:35.11]Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku [03:45.99]Supaya lahir batinku bersyariat [03:53.17]Agar lahir batinku menjadi taat [04:00.24]Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku kini. p/s: best sangat

Petani Kerjaya Terbaik Dalam Islam?

by Muhammad Naim Abdullah, November 01, 2009
MySpace setiap petani tidak pernah merasa erti penat.walaupun matahari dok atas kepala pon ,depa dok buat qeja sampai petang.. jom baca artikel daripada www.iluvisalm.com Firman Allah s.w.t dalam surah Al-A’raf ayat 58, yang bermaksud: “ Dan tanah yang baik, tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (kami) bagi orang-orang yang bersyukur.” Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 266, yang bermaksud: “Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dia mempunyai dalam kebun itu segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tua pada orang itu sedang dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin keras yang mengandungi api, lalu terbakarlah. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu supaya kamu memikirkannya.” Di zaman serba moden ini, sektor pertanian semakin terpinggir kerana kemajuan kerjaya lain yang telah berkembang maju dan mendapat pulangan yang lumayan. Namun sektor pertanian adalah antara yang tertua dan paling kurang berisiko. Di sana ada tiga profesion yang popular dilakukan oleh manusia kini iaitu pertanian, perdagangan dan sektor pembuatan perindustrian. Demikian menurut pendapat Imam Al-Mawardi. Para ulama’ berselisih pendapat tentang manakah yang paling baik dari ketiga-tiga profesion ini. Mazhab As-Syafei berpendapat bahawa pertanian adalah yang paling baik. Sedangkan Imam Al-Mawardi dan Imam An-Nawawi berpendapat bahawa bercucuk tanam yang paling baik kerana alasan berikut: PERTAMA Bercucuk tanam adalah merupakan hasil usaha tangan sendiri. Dalam Kitab Sahih Al-Bukhari disebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidaklah seseorang memakan makanan yang lebih baik dari orang yang memakan dari hasil tangannya sendiri dan adalah Nabi Daud a.s memakan dari hasil tangannya sendiri. ” Dan yang benar adalah apa yang dinaskan oleh Rasulullah s.a.w iaitu hasil tangannya sendiri. Maka bercucuk tanam adalah profesion terbaik dan paling utama kerana merupakan dari hasil tanaman sendiri. KEDUA Bercucuk tanam memberikan manfaat yang umum kepada ummah, khususnya kaum muslimin bahkan juga bidang ternakan. Kerana menurut hukum, manusia bergantung sumber kehidupan kepada pertanian dan penternakan. Makanan tersebut tidaklah diperolehi melainkan dari hasil tanaman, tumbuhan dan ternakan. Dalam hadis riwayat Muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “ Tidaklah seseorang muslim menanam tanaman melainkan apa yang dimakan dari tanaman tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, apa yang dicuri dari tanamannya tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, tidaklah seseorang merampas tanamannya melainkan bagi penamamnya menjadi sedekah.” Dalam hadis riwayat Muslim yang lain menyebut, ertinya: “ Tidaklah seseorang muslim menanam tanaman kemudian memakan tanaman itu oleh manusia, binatang dan burung melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah hingga hari kiamat.” Dalam riwayat lain disebutkan: “ Tidaklah seseorang muslim menanam tanaman dan pohon kemudia dimakan oleh manusia, haiwan atau sesuatu melainkan penanamnya menjadi sedekah.” KETIGA Bercucuk tanam lebih dekat dengan tawakal. Ketika seseorang menanam tanaman maka sesungguhnya dia tidaklah berkuasa atas sebiji benih yang dia semaikan untuk tumbuh, dia juga tidak berkuasa untuk menumbuhkan dan mengembangkan tanaman itu menjadi tanaman. Tidaklah dia berkuasa membungakan serta membuahkan hasil tanaman tersebut. Kesemua urusan ini terletak di dalam kekuasaan Allah. Disini nampaklah nilai tawakal manusia kepada Allah Azza Wajalla. As-Syeikh Zakaria Al-Ansari berkata: Mata pencarian yang paling utama ialah bercucuk tanam kerana lebih dekat dengan nilai tawakal dan ianya juga memberikan manfaat yang umum bagi semua makhluk dan secara umumnya manusia amat memerlukan kepada hasil pertanian. Al-Zarkasyi mengatakan bahawa semua manusia memerlukan kepada makanan dan tidak ada kehidupan tanpa makanan.

indahnya malam

by Muhammad Naim Abdullah, November 01, 2009
ornag lain senang tido dibuai oleh mimpi,diriku pula masih berjaga. ku mencari maklumat untuk assgnment sambil buka www.iluvislam.com ...:) ok lah nak pi tido MySpace
© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS