Fasa Kedua Ramadhan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 31, 2012
Di dalam bulan ramadhan ada 3 fasa. Fasa pertama  adalah rahmat, fasa kedua  adalah pengampun dosa dan fasa terakhir   adalah  bebas daripada api neraka.

Kita sudah berada fasa yang kedua. Bagaimana dengan fasa pertama hampa semua? Adakah baik atau sama sahaja macam tahun lepas-lepas ramadhan.


Dan jagalah kesihatan anda semua. Insya Allah

Cukuplah Allah Bagiku

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 30, 2012
Pagi ini mari kita berzikir kepada Allah SWT


Cukuplah Tuhan bagiku Allah Maha AGUNG
Tiada di dalam hatiku Kecuali Allah
Cahaya Muhammad selamat atasnya
Benarlah Tiada Tuhan Melainkan Allah


Tenangkan jiwa dengan zikir
Tengakan minda dengan zikir
nescaya kejayaan akan datang,
dengan bantuan Allah. Insya Allah

Wallahualam

Ustaz Azhar Idrus-Soal Jawab Agama di Masjid Bulat PJ

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 29, 2012
Sebelum kita tidur, atau kita membuat kerja, jom kita dengar kuliah ini . Insya Allah

            
 Kalau internet anda slow dan lembab, anda boleh download kuliah ini :-
Klik di sini untuk download rakaman url : http://www.mediafire.com/?y22w4k5v24a44ee
 kredit kepada :
Wallahualam

Aku Bertaubat Ya Allah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 29, 2012
Ya Allah Aku Tak Layan  Masuk Syurga Mu
Namun Tak Pula ke Neraka Mu
Ampunkan Dosa-Dosaku
Sesungguhnya Engkau Pengampun Dosa



Semoga memberi kesan kepada diri kita

Nasihat Ramadhan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 29, 2012
Hari ini tanggal 8 ramadhan.Bagaimana dengan hari ke -8 ramadhan anda semua. Adakah semua baik-baik belaka, bagaimana kesihatan anda juga. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik.

Naim nak cerita sedikit, mentaliti masyarakat kita sendiri, hari baru ke 8 kita berpuasa namun lagu raya sudah di pasang. Allahu akbar ^_^.

Sekali lagi naim tegaskan, mari kita bersungguh-sungguh beribadah di dalam bulan ramadhan pada tahun ini, kerana kita tidak tahu sama ada , kita akan ketemu pada tahun hadapan. Akhir sekali, mari kita dengar lagu ini.


Wallahualam

* Sesungguhnya Aku Berpuasa

Liberation Army- Syria

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 28, 2012
Pergolakan di syria di antara regim Assad dan tentera pembebasan syria. Namun di Bulan Ramadhan, mereka berjuang demi Islam dan negara. Semoga mereka berjaya. Insya Allah.


Kejayaan di atas tangan mereka, yang memberi kemenangan adalah Allah S.W.T. Mari kita hayati video ini.



Mampukan anak-anak muda  seperti mereka  berjuang?


Wallahualam

Adab Berbuka dan Khusyuk Di Dalam Solat

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 27, 2012
Di samping hendak berbuka puasa, namun beberapa perkara yang kita tidak amik peduli.



Jom dengar tazkirah Ustaz Muhammad Kazim. Wallahualam

Setianya Kasih Mu

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 26, 2012
malam ini naim nak  satu lagu untuk kawan-kawan naim semua.Lagu ini berkisar  kasihnya kasih sayang seorang ibu  kepada anak dan sayang seorang ayah kepada anaknya. 

Satu hadis daripada Rasullullah SAW

"Keredhaan Allah terletak keredhaan kedua- dua ibubapanya"

Oleh itu, taat lah kepada ibubapa kita selagi mereka masih ada di sisi kita .Bayangkan mereka sudah tiada. Apakah daya kita berbuat baik kepada mereka?

Di dalam berkat ramadhan ini,  sentiasa mengenang pergorbanan kedua ibu bapa kita. Insya Allah. Mari kita dengar lagu ini. 


semoga manfaat. Insya Allah.
Wallahualam


Buku Syamail Muhammadiyah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 25, 2012
Satu buku wajib di miliki setiap muslim kerana pelbagai peribadi rasullullah di catit di dalam buku Syamail Muhammadiyah



1 Fizikal Rasulullah
2 Khatam: Tanda Kenabian Rasulullah
3 Rambut Rasulullah
4 Cara Rasulullah Merapikan Rambut
5 Uban Rasulullah
6 Semir Rambut Rasulullah
7 Celak Mata Rasulullah
8 Pakaian Rasulullah
9 ‘Isy Rasulullah
10 Kasut Rasulullah
11 Sandal Rasulullah
12 Cincin Rasulullah
13 Cara Rasulullah Memakai Cincin
14 Pedang Rasulullah
15 Baju Besi Rasulullah
16 Topi Besi Rasulullah Ketika Perang
17 Serban Rasulullah
18 Kain Sarung Rasulullah
19 Cara Rasulullah Berjalan
20 Kain Penutup Kepala
21 Cara Rasulullah Duduk
22 Tempat Rasulullah Bersandar
23 Cara Rasulullah Bersandar
24 Cara Rasulullah Makan
25 Jenis Roti yang Dimakan Rasulullah
26 Lauk yang Dimakan Rasulullah
27 Wuduk Rasulullah
28 Doa Rasulullah Sebelum dan Sesudah Makan
29 Cawan Minum Rasulullah
30 Buah-Buahan yang Dimakan Rasulullah
31 Minuman Rasulullah
32 Cara Rasulullah Minum
33 Wangian Rasulullah
34 Cara Rasulullah Berbicara
35 Cara Rasulullah Tertawa
36 Cara Rasulullah Bergurau
37 Syair Rasulullah
38 Bual Bicara Rasulullah
39 Cara Tidur Rasulullah
40 Ibadah Rasulullah
41 Solat Dhuha Rasulullah
42 Solat Sunat Rasulullah di Rumah
43 Puasa Rasulullah
44 Cara Rasulullah Membaca Quran
45 Tangisan Rasulullah
46 Tempat Tidur Rasulullah
47 Sifat Tawaduk Rasulullah
48 Akhlak Rasulullah
49 Sifat Malu Rasulullah
50 Berbekam
51 Nama-Nama Rasulullah
52 Kehidupan Rasulullah
53 Usia Rasulullah
54 Kewafatan Rasulullah
55 Harta Warisan Rasulullah
56 Melihat Rasulullah dalam Tidur    

-------------
Ayuh kawan-kawan, beli buku ini. :D

Update: naim  jumpa satu link buku Syamail Muhammadiyah:


semoga manfaat kepada semua. Insya Allah.
 

Ramadhan Lebih Dikenali Dengan Bazar Ramadhan?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 24, 2012
Tak ingin ku biar ramadhan berlalu sahaja-sepotong lirik daripada kumpulan Raihan dan Man Bai. 

Malam ini naim nak berkongsi pendapat , adakah bulan ramadhan lebih di kenali dengan bazar ramadhan semata-mata. Tadi naim buka tv3 ada hamba Allah ini berkata, di dalam bulan ramadhan special bagi nya adalah bazar ramadhan.






 Kepada kawan-kawan, jangan ingat kedatang ramadhan adalah semata-mata kerana bazar ramadhan sahaja. Lihat keistimewaan yang Allah bagi kepada kita.Jom kita renungi zaman Rasullullah. para sahabat sudah tak sabar apabila masuk bulan Rejab, mereka sudah berlumba beribadat pertengahan iaitu syaaban mereka lebih beribadat dan tiba masuk ramadhan mereka bersungguh-sungguh beribadat kepada Allah. Mampukan kita jadi seperti para sahabat Nabi Muhammad SAW.

Kita berbuka puasa lauk bermacam-macam jenis. bagaimana Rasullullah berbuka puasa hanya sekadar buah tamar sahaja(kalau silap , harap tegur naim).

Muahasabah diri sahabat-sahabatku.

Wallahualam.

Yang Tertutup Mesti Baik dan Terbaik Part 3

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 23, 2012
Siapa kata menutup aurat + berniqab tak bisa berkerja dengan baik lagi bagus. Oh masyarakat amnya jangan kita terus menghina  mereka mencinta sesuatu perkara yang baik. lebih baik kita menyokong bukan mengeji mereka..


lihat? kamera woman.. hehe. kalau jadikan isteri kan baik bukan.. hehe

Wallahualam

kredit gambar : hasrulhassan.com

[cerpen] keberkatan ramadhan bahagian 2

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 23, 2012
Sambungan daripada [cerpen] keberkatan ramadhan bahagian 1

Selesai pulang daripada rumah Rafizi, Ahmad bergegas pulang ke rumah untuk bersiap sedia pergi surau . Kerana malam ini ini tazkirah berkisar Ramadhan.Di surau kampung itu, aktif dengan tazkirah mahupun ceramah agama kerana AJK surau semua memastikan semua kariah surau itu terdidik jiwa dengan  agama.

Tepat pukul 7 malam, Ahmad sudah bersiap untuk ke surau, Ahmad yang segak bergaya dengan mengenakan pakaian baju melayu dan berkain pelikat. Beliau monolog di depan cermin

"Qasa cam imam muda pulak, kihkih"

Lalu beliau keluar dairpada bilik beliau terus turun ke bawah  motorsikal yang berada di luar rumah.Semasa beliau hendak start motorsikal beliau , beliau di sapa oleh Pakcik Zul.

"Ahmad, malam ini Ustaz Ya jadi ka mai surau kita?"

"Jadi kot"-Balas Ahmad.

 "Jumpa dekat surau "-Kata Pak cik Zul.

Ahmad membalas dengan senyuman. Seterusnya Ahmad terus membonceng motorsikal pergi ke surau.Semasa di dalam perjalanan beliau, fikiran beliau  melayang memikirkan adakah ramadhan ini terakhir bagi dirinya.Kerana ramadhan setahun sekali datang, di dalam seribu rahmat siapa yang bersama dengan Ramadhan.
Perjalanan ke surau mengambil masa sepuluh minit sahaja,akhirnya Ahmad sampai ke surau.Rafizi pun baru sampai ke surau,Lalu Ahmad menyapa Rafizi.


" Assalamualaikum, awai ang mai"-kata Ahmad.
"Walaikumsalam, biasalah rumah aku dekat sahaja dengan rumah. Tu mai awai nie."-Balas Rafizi sambil tersenyum.


Terdengar suara yang indah masuk ke dalam telinga mereka berdua, iaitu Azan mula berkemundang,lalu mereka pergi tempat wuduk untuk ambil wuduk.Lalu mereka naik ke surau untuk menunaikan solat Maghrib. Solat maghrib di imamkan ustaz Ya sendiri.


                                                        ******************************
Setelah selesai solat Maghrib, Ustaz Ya mula memberi tazkirah di dalam tazkirah beliau.Di dalam bulan Ramadhan adalah bulan yang banyak keberkatan dan bulan beribadah kepada Allah. Kalau hari biasa kita hanya tertumpu pada ibadah wajib sahaja, kalau masuk bulan ramadhan kita akan melakukan ibadah lain seperti solat terawih, tadarus Quran, bangun tengah malam dan sebagainya.


Ustaz Ya juga memberi nasihat kepada jemaah, agar kehadiran ramadhan kali ini, kita tekadkan sebagai ramadhan yang terakhir kepada diri kita. Mengapa ? kerana kita semua tidak pasti akan ketemu semula dengan bulan ramadhan pada tahun hadapan. Ayuh bersungguh-sungguh beribadat di dalam universiti Ramadhan.Ustaz Ya juga berkata kepada pada bulan ramadhan, bulan rezeki berlibat kali ganda kepada peniaga khususnya bazar ramadhan. Boleh kita lihat banyak kepala berwarna putih, Kenapa? semua memakai kopiah ,lalu ustaz ketawa kecil,Ustaz Ya menegaskan kepada peniaga agar jujur di dalam urus niaga walapun bulan ramadhan adalah bulan keuntungan bagi peniaga tetapi ingatlah larangan-larangan Allah .


Akhir tazkirah Ustaz Ya,Ustaz menasihati para ibu bapa agar menjaga pakaian anak-anak mereka terutama wanita agar tidak memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Kekadang mereka berpuasa tetapi aurat mereka biar terdedah kepada orang lain. Kalau orang lain terpandang, habis lah pahala puasa mereka.Sebagai penutup, Ustaz Ya membaca surah Al-Baqarah ayat 183.











                                   ***************************************
Selesai solat Isyak, Ahmad dan Rafizi bersembang sebelum pulang ke rumah.Mereka juga berbicara tentang tazkirah Ustaz Ya tadi.

Ahmad:Subbna Allah, mantap sungguh tazkirah Ustaz Ya tadi ya, banyak input-input yang bagus untuk diri kan Ahmad.

Rafizi:Benar sahabatku,sungguh kasih Ustaz Ya terhadap kita semua, kerna memberi banyak ilmu baru kepada diriku, juga teguran kepada para peniaga para ibubapa.

Ahmad:Minggu depan  kita akan berpuasa kan.

Rafizi:ha'ah.minggu depan, boleh kita mula terawih. hehe.

Ahmad: ok bro,aku nak balik dulu. Assalamualaikum

Rafizi: Ok. Walaikumsalam.

                           **********Bersambung*****************

Nota kaki:
maaf ya, idea macam bercelaru,menulis dalam keadaan tak berapa silap. Insya Allah akan bersambung. hehe

Wallahualam

Keberkatan Bulan Ramadhan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 22, 2012
Hari ini sudah masuk 2 Ramadhan. Alhamduillah, bagaimana hari pertama ramadhan anda adakah lebih baik daripada tahun lepas-lepas. Ibadat bagaimana pulak? sunat tarawih buat 8 atau 20?


Pagi ini naim nak share satu hadis , semoga ia memberi satu anjakan kepada diri kita semua agar beristiqamah di dalam bulan Ramadhan.

Hadith: 
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.
 
Huraian Hadith: 
1. Kelebihan bulan Ramadhan ialah meluasnya rahmat dan kasih sayang Allah SWT dan pada masa yang sama Allah SWT menutup pintu neraka dan merantai segala syaitan yang berkeliaran
2. Umat Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengamalkan segala yang diperintah dan meninggalkan segala yang ditegah serta tidak berpuasa melainkan kerana iman dan tidak kerana riya' (agar dilihat orang), sum'ah (agar didengar orang), ikut-ikutan, maka baginya keuntungan dan pahala yang berlipat ganda banyaknya bahkan syaitan sedikitpun tidak diberi kesempatan untuk menggoda atau menghasut mereka.
3. Bagi orang yang berpuasa tetapi masih bergelumang dengan dosa bermakna bahawa puasanya sama sekali tidak bermanfaat baginya. Yang diperolehinya hanyalah lapar dan dahaga dan Allah SWT tidak akan menerima amalannya.
 
Wallahualam

Niat Puasa

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 21, 2012
Agar terlewat hendak post entri ini, tak apalah semoga dapat memberi sedikit ilmu. Kekadang niat puasa akan lupa bukan, di dalam setahun  hanya satu bulan sahaja kita berpuasa. Insya Allah, pagi ini naim nak share  niat berpuasa berserta gambar dan video. 






Kalau adik-adik mahupun abang-abang, kakak-kakak  masih tak berapa lancar boleh tonton video ini



semoga manfaat kepada anda semua. Jadikan ramadhan tahun ini ramadhan terakhir kepada kita. Kenapa naim cakap ramadhan terakhir kepada kita, mai cerita sat?

Sebabnya:-
1) Kita tidak tahu sempatkan kita bertemu dengan ramadhan tahun hadapan
2)Mampukan kita beribadat lebih baik pada tahun hadapan?

renungkan sahabat semua.

Wallahualam

Ahlan Marhaban Ya Ramadhan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 20, 2012
Insya Allah, malam ini kita semua akan berterawih.Dengan ini naim memohon maaf kepada semua, andai ada penulisan naim ada yang 'sentap'. Kalau tak sentap tak best lah


Yang ikhlas daripada saya, Muhammad Naim Abdullah..

Wallahualam 

Ramadhan-Aku Sebak

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 20, 2012
Asal dengar Ramadhan, aku mula mengalir air mata. Bukan putus cinta ke apa? tapi memang putus cinta dengan ramadhan pada tahun lepas. Dengan izin Allah , ketemu semula,macam jejak kasih pulak. :D



Anda cam mana pulak? adakah sama perasaan dengan Naim, share ye.

Wallahualam

1M4U-Makin Tidak Terurus

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 18, 2012
Apa itu 1M4U?Ia bermaksud 1 Malaysia For Youth kalau tak silap naim. bukan hendak menafikan program kerajaan buat kepada anak-anak muda tetapi  satu perkara ini tak berapa best nak ushar. korang nilai sendiri.







So apakah komen anda semua?


Menurut Prof. Dr. Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, katanya ; “ Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini

Naim kesal lah jika program agama yang hendak di adakah di PICC baru-baru ini dibatalkan dengan serta merta tetapi  FlashMob bercampur aduk lelaki dan perempuan.Sudah tak kira halal haram. Kesian sungguh anak belia sebaya naim cam tu..

Wallahualam

Ustaz Nazrul Nasir-Soal Jawab Ramadhan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 17, 2012
Bulan Ramadhan akan tiba di dalam beberapa hari lagi, mari kita mantap diri dengan sedikit 'refresh' permasalahan umum selalu kita lakukan sama ada sedar atau tak..




Part kedua boleh klik ini :
http://www.youtube.com/watch?v=Ioq3zSGJ3c4 


semoga manfaat kepada anda semua. Insya Allah

Doa Dhuha

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 16, 2012

Lagu ini merupakan doa dhuha selepas kita solat dhuha. Waktu bila kita solat dhuha? Boleh solat dhuha  di antara 8.30 pagi hingga sebelum waktu zohor.

Kelebihan Sembahyang Dhuha
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)u
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).


Sumber:http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=335:fadhilat-solat-dhuha&catid=27:fadhilat-amal&Itemid=41

[Download]Ustaz Zainol Asri Hj Ramli-Pemimpin

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 14, 2012
Kuliah ini membincangkan perihal pemimpin.

*Pemimpin yang mengambil hak rakyat
*Pemimpin suruh taat kepada dia,tetapi dia tak bagi hak dia kepada rakyat.
*Hormati korni sahaja.

Link download:
http://www.mediafire.com/?1m0llav6rih8yg2 

Penafian:
Kuliah ini untuk pengajian sahaja,bukan tujuan komersial..
 

Mirwana-We Could The Best

in , , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 13, 2012
Petang ini kita dengar lagu nasyid noh.. 







       

Don't count the days
By the leaves that fall
By the rain that drops
By the thunders that strike

Let's count life
By the rainbows
By the blooming flowers
By the singing birds

Cause life, is precious and meaningful
A gift of Allah
The almighty

Oh Allah
We come to You
With the load of burden
And frustrations
But with a mountain of willingness
Hoping that You will bless us all

Oh Allah
Calm these hearts
Strengthen our faith
Guide our way
Light our path
With the Nur of Islam
Light our hearts
With light of Iman

Trying all our best
To be the best
To achieve the best
For the sake of Islam

Trying so hard
To achieve the best
To be the best
For the sake of Islam

Let's try our best an leave the rest
To Allah and get His bless

Oh Allah light up our hearts
With the light of Iman
So we could be the best
We should be the best
We could be the best

Lumba ke Kebaikan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 13, 2012


"Dan tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan) sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
[Al-Baqarah:148]


kredit:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=396671060352703&set=a.246325818720562.72572.245276678825476&type=3

Wallahualam

Radang Pundi Kencing

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 12, 2012
Entri ini Naim ambil daripada Facebook.






Radang Pundi Kencing merupakan suatu penyakit yang menyebabkan terasa sakit pada bahagian yang menakung air kencing akibat jangkitan kuman.

Simptom :

- Air kencing berbau kuat dan hanyir
- Demam bila jangkitan telah merebak ke buah pinggang
- Kerap buang air kecil dengan kadar yang sedikit
- Rasa pedih berbisa ketika membuang air kecil
- Rasa sakit pada bahagian ari-ari ketika membuang air kencing
- Terdapat perubahan pada warna air kencing iaitu berwarna kuning pekat dan kadang-kadang bercampur darah.

Apabila terasa mengalami simptom seperti ini, digalakkan minum air masak dengan kadar yang banyak supaya bakteria dapat dikeluarkan melalui air kencing


kredit:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=490189711006933&set=a.295101500515756.91528.282626475096592&type=1&permPage=1

[Cerpen]Keberkatan Ramadhan Bahagian 1

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 11, 2012
Suatu hari Ahmad dalam perjalanan ke rumah sahabat baik beliau iaitu Rafizi untuk ketemu Rafizi baru pulang dari universiti kerana cuti semester.

"Dah lama aku tak pergi jumpa Rafizi, mesti ada cerita baik punyer"-monolog sendirian Ahmad.


Semasa di dalam perjalanan ke rumah Rafizi, Ahmad ternampak satu poster di pokok di tepi jalan.lalu beliau membenti motosikal beliau, lalu membaca poster itu.


"Marhaban Ramadhan, di surau kampung titibesi pada malam esok ,ustaz yahya.Best nie kena ajar si Rafizi sama"


Ahmad teruskan perjalanan ke rumah Rafizi.


                                                           ************************
Lalu Ahmad, sampai di hadapan rumah Rafizi, lantas Ahmad mengucap salam.


"Assalamualaikum! Assalamualaikum! Assalamulaikum!"


"Walaikumsalam, oh Ahmad "- jawab ibu Rafizi


"Erm, Rafizi ada tak makcik"


"Ada, tunggu sat, makcik panggil dia, kamu mari duduk dulu"


"Baik makcik"-lalu Ahmad meletak motor dia di bawah pokok mempelam dan lalu duduk bangku di luar rumah.


Lalu Rafizi keluar di muka pintu rumahnya dan menegur Ahmad.


Gambar hiasan






" Oi Ahmad, lama dah ka ang mai "?-sapa Rafizi


"Aku baru mai ja, saja mai ghumah ang, dengaq kata ang dah balik"-kata Ahmad kepada Rafizi.

"haha, apa cerita ang lanie"-satu persoalan kepada Ahmad

"Aku lanie macam ang gak, cuti semester. haha.. tapi dua bulan tau, sebab sistem baru politeknik. haha"-sambil gelak besar

"Oh lagu ka(macam itu ke?,erm Ramadhan kali ini kampung kita adakan apa program apa Ahmad"

"Aku mai sini pun nak habaq sama, tadi masa nak mai ghumah(rumah) ang, aku nampak poster dekat pokok tepi jalan tu, malam ada kuliah bersama Ustaz Yahya tajuk dia Marhaban Ramadhan"- bersemangat Ahmad bercerita kepada Rafizi.

"Oh cam best ja, dah lama aku tak dengaq kuliah Ustaz Yahya,erm tak lama noh nak posa , tinggai seminggu sahaja kan"- kata Rafizi kepada Ahmad

"Ha'ah, betul lah.kiranya malam ini jadi ka, ang mai surau ka? " tanya Ahmad.

"Jadi punya, kita mayang(solat/sembahyang) manghrib dekat noh"-kata Rafizi.

"Ok bos!".

                                            ***** Bersambung*********

*Yang di blod itu adalah loghat kedah. harap paham ya, Insya Allah akan di sambung pada bulan Ramadhan ini. Doakan ya.

Bagaimana korang nak sambung ramadhan? ce komen cikit. sebelum beredar. jom dengar lagu ini.


Ustaz Muhammad Kazim Elias-Nikmat Allah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 11, 2012
Pagi nan indah di tambah dengan hujan lebat di kedah. Naim sajikan dengan kuliah Ustaz Kazim Elias.




semoga pagi kita semua ceria selalu. semoga manfaat. Insya Allah.

Wallahualam.

Ustaz Azhar Idrus-Hukum puasa ganti selepas 15 syaaban

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 10, 2012
Malam ini naim sertakan printscreen soal jawab Ustaz Azhar Idrus..



Soalan:
Salam ustaz, apakah hukum nya kita berpuasa selepas 15 syaaban walaupun puasa ganti, adakah dikirah makruh juga seperti mana hukum makruh berpuasa selepas 15 syaban

Jawapan:
Wsalam, tak makruh

Wallahualam 

Lelaki amuk di JPM dakwa dia 'Imam Mahadi'

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 10, 2012
Assalamualaikum dan selamat pagi kawanku, dah baca akhabar tentang seorang laki mengamuk di JPM(Jabatan Perdana Mentari).Masya Allah kekadang pemikiran mereka melebihi batas akal. Kalau pelajari ilmu tanpa ada guru ini caranya. Namun naim terkilan beberapa akhbar tempatan berbahasa melayu , mereka libatkan ini dengan parti islam di negara malaysia. Siapa lagi kalau Pas. Naim dah lihat video itu . Tak guna taip lama-lama. jom baca artikel ihsan daripada Sinar Harian.

"
Lelaki amuk di JPM dakwa 'Imam Mahadi'
Kereta Perodua Kancil mengalami kerosakan selepas diserang oleh lelaki yang mendakwa dirinya ‘Imam Mahadi’.
Dua mengamuk di JPM, seorang mati
Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis. – Foto Ihsan News Media Network
PUTRAJAYA - Menggelar dirinya 'Imam Mahadi', seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.

Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis tersebut.

[BERITA BERKAITAN: Dua mengamuk di JPM, seorang mati]

Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek dan ketida berada di Kompleks B, suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.
"Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan,anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.
"Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini lewat petang ini.
Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.
"Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.
"Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mengaku dirinya 'Imam Mahadi'," katanya.
Menurut Abdul Razak, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada suami suspek, isterinya yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis," katanya.

sumber cakap beliau sudah meninggal dunia. Al-fatihah.

SaffMuslim-Forum Ilmiah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 09, 2012



Malam ini naim nak promot satu satu forum ilmiah khusus untuk semua lapisan masyarakat, tak kira  umur. Jom baca sedikit qoute penubuhan forum ini :-

"The Founders



Image


Admin laman SaffMuslim ini, enggan memberitahu nama sebenar beliau. Namun identiti beliau boleh sahaja dicari dengan mudah, malahan ini pautan ke laman facebook beliau. Beliau merupakan seorang pelajar perubatan, dan inshaAllah bakal menamatkan pengajian setahun lagi. Beliau tidak mempunyai asas pengajian berkaitan internet atau web development secara formal. Berusia 23 tahun, beliau berhasrat menjadikan laman SaffMuslim ini sebagai satu saham, pelaburan beliau demi pembangunan ummah, serta yang terpenting, agar menjadi saksi kepada beliau di akhirat kelak inshaAllah.

Image


Seorang lagi pengasas, adalah saudari Hasniza Ibrahim. Anak jati Kelantan ini kini bekerja di Selangor, selaku seorang Pegawai Eksekutif. Biarpun mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan, minatnya dalam bidang seni penulisan telah mendorong beliau mengorak langkah-langkah awal menjadi penulis bagi memeriahkan persada seni sastera negara. Doakan beliau ya! Blog beliau, Mencari Sebuah Destinasi, penuh dengan kisah-kisah motivasi dan menyentuh hati. Forum SaffMuslim merupakan satu usaha beliau meluaskan skop dakwah, dengan harapan untuk menjalinkan ukhwah sesama kita Muslim dan menjadi platform terbaik perkongsian antara kita inshaAllah.

Alhamdulillah, dua orang inilah yang bersatu usaha dan tenaga, menjadikan SaffMuslim suatu realiti. Namun tentunya, dua orang sahaja tidak mampu untuk menguruskan laman web sebegini. Sedangkan mereka berdua juga masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing, apatah lagi meluangkan masa menguruskan SaffMuslim. Semenjak awal minggu lalu, pengurusan SaffMuslim mencari-cari sukarelawan untuk membantu mereka.

Saf Muslimah - Satu Komuniti Impian


Image


Ummi SaffMuslim - Ummi Wan Mazwati. Seorang pensyarah, serta yang penting, seorang ibu yang cukup mengagumkan - Ummi Mazwati dilamar oleh Admin SaffMuslim untuk menjadi "ibu angkat" laman ini. Didalam benak pemikiran Admin cuma satu - ingin mewujudkan sebuah komuniti Muslimah yang cukup erat dan rapat, serta efisyen dan bermanfaat. Hasil daripada idea itu, sebuah kategori forum diwujudkan di SaffMuslim, iaitu forum Saf Muslimah, yang mana hanya boleh dinampak dan diakses oleh pengguna Muslimah sahaja. Permohonan untuk mengakses forum ini, ditapis sendiri oleh saudari founder, AsNiza, bagi memastikan identiti pengguna yang memohon. Hatta Admin sendiri tidak dapat mengakses forum ini!

Apa ada di Saf Muslimah? Sebuah komuniti yang terjaga rapi, dinaungi oleh Ummi Mazwati selaku ibu angkat yang mengambil berat dan menjaga kebajikan puteri-puteri SaffMuslim. Di kategori ini, para muslimah bebas bergaul dan berukhwah sesama mereka, berkongsi khabar berita, sesi luahan hati dan perasaan, soal jawab berkenaan urusan Muslimah dan sebagainya. InshaAllah, besar harapan Admin agar komuniti puteri-puteri SaffMuslim menjadi satu komuniti yang kuat dalam arena maya tempatan.


Image


Namun Ummi Mazwati tidak keseorangan. Beliau dibantu oleh seorang moderator yang dilantik khas, Moderator Muslimah, iaitu saudari Khazinatul Asrar. Bagaikan jodoh, kebetulan rupanya saudari Khazinatul Asrar dan Ummi Mazwati rupa-rupanya pelajar-pensyarah di universiti yang sama di tanah air. Saudari Khazinatul Asrar akan membantu Ummi Mazwati menjaga kebajikan puteri-puteri SaffMuslim disini. Selain itu, saudari Khazinatul Asrar juga turut berkhidmat selaku Moderator bagi kategori Saf Sastera & Penulisan. Hasil minat beliau yang mendalam dalam bidang ini, beliau diyakini akan menjalankan tugas dengan terbaik di kategori berkenaan.

Impian SaffMuslim

Asyik Saf Muslimah je, tiadakah Saf Putera? InshaAllah, jika diizinkan Allah, setelah SaffMuslim semakin betapak kukuh, apa salahnya. Banyak idea bermain-main di fikiran Admin. Mungkin suatu hari nanti kita boleh menganjurkan "Gathering" bersama-sama pengguna SaffMuslim. Mungkin kita boleh anjurkan "road trip" bersama-sama. Semua hanyalah impian, namun inshaAllah impian itu menjadi realiti apabila kita setapak demi setapak melangkah bersama menujunya. Ayuh, jom aktif bersama-sama, luruskan dan rapatkan saf di SaffMuslim!


Image


Sebelum itu, turut tidak dilupai, seorang Moderator Umum (Global Moderator) juga telah dilantik. Akhi Muhammad Naim, dengan perwatakan yang peramah dan ceria, diyakini dapat menyandang tugas ini dengan penuh itqan. Kerajinan beliau tidak lagi perlu dipersoalkan, atas dasar kepercayaan Admin sedia memberi amanah selaku Moderator Umum kepada beliau. Beliau diamanahkan untuk menjaga suasana SaffMuslim secara umumnya, menyediakan suasana solehah (bi'ah solehah) agar para pengguna SaffMuslim boleh berforum dan berukhwah dengan senang hati dan selesa. Beliau juga sedia membantu pengguna terutamanya pengguna-pengguna baru, khususnya dalam urusan teknikal. Jika ada apa-apa masalah, jangan segan menghantar PM kepada beliau!

Designer - Bukan satu tapi TIGA


Image


Image


Image


Last but not least, TRIO kita. Bukan trio Datuk T, tetapi trio yang dilantik kerana mereka menunjukkan kemahiran dan kesungguhnya yang tinggi merebut posisi Designer SaffMuslim! Admin pada awalnya bercadang memilih cuma seorang, namun ketiga-tiga mereka lulus dalam "challenge" yang Admin hulurkan. Subhanallah, Allah menganugerahkan SaffMuslim tiga orang designer yang akan menghias, mencantikkan dan memperindahkan laman SaffMuslim ini agar menjadi lebih sejuk mata memandang, lebih segar dan menyegarkan! Tiga orang designer yang dimaksudkan adalah saudara Mohd Ali, saudari Naurah Alwani, dan saudari Azlyn Fauzi!

InshaAllah, setakat ini itulah barisan pengurusan, atau kami gelarkan sebagai Squad SaffMuslim, yang bertindak menjadi tulang belakang laman ini. Pun begitu, setakat ini, mereka masih lagi dalam tempoh percubaan sehingga satu tarikh yang tidak diumumkan Admin, justeru jom kita tengok sama-sama dan nilai tugas mereka. Sebarang kritikan, komen, ulasan, pandangan dan sebagainya, jangan segan silu melaporkannya terus kepada Admin ya?

Mari sertai kami!

Kami menerima baaaanyak permohonan sepanjang pengambilan dibuka. Ribuan terima kasih kepada yang memohon! Jangan risau, jika laman SaffMuslim ini semakin berkembang maka kami pastinya akan membuka lebih banyak tempat untuk rakan-rakan pengguna yang lain memohon menjadi sukarelawan. Setakat ini, inshaAllah, Admin SaffMuslim akan menyemak keperluan bagi tugas-tugas moderator setiap minggu, justeru stay tuned!

Akhir kata, kami di barisan Squad SaffMuslim memohon kepada rakan-rakan sekalian, agar mendoakan semoga kami menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan amanah. Semoga laman SaffMuslim ini semakin kukuh di persada dunia maya negara, serta menjadi wadah dan platform terbaik penyemaian ukhwah sesama Muslim inshaAllah!

Sekian daripada Admin,
Wallahua'lam. Wassalam.
"

apa lagi, jangan tunggu lama2..

jom daftar segera :-

Forum SaffMuslim

promo sama k.. Terima Kasih

Gunung Keriang-Keindahan Alam

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 09, 2012
Satu keindahan alam kurniaan Ilahi.


Original gambar :-

Benar firman Allah swt :-
Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).
(Yunus 10:24) 
  

Subbna Allah..

Wallahualam

Hasbi Robbi

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 08, 2012
Cukuplah Allah bagiku
Nabi Muhammad Pesuruh Allah.


Manusia sering lalai dengan nikmat sama ada manusia, harta mahupun dunia mereka. Adakah setiap detik mereka  mengucap zikir?

Terus Di Hina- Islam Agama Suci

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 07, 2012
Firman Allah :-


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
(Al-Baqarah 2:120)


Sebentar tadi, ada sahabat naim berkongsi satu video ini :-



Kepada semua sahabat-sahabat berhati-hati ya. lagu ini menghina surah fatihah.

Wallahaualam
 
© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS