Wanita Dan Vape- Satu Masalah Maruah Diri?

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 06, 2015
Assalamualaikum dan selamat malam semua. Apa khabar kalian? semoga sihat selalu di bawah rahmat Ilahi. Malam ini tergerak hati nak menulis berkisar isu-isu semasa walaupun lama tak menaip di dalam blog ini.

Sejak akhir-akhir banyak benda yang berlaku di negara kita yang tercinta ini adalah isu VAPE.Vape ini adalah rokok elektronik yang pakai bateri dan di gabung dengan sejenis cecair. Apabila di hisap cecair itu ditukar kepada asap. huhu. Itu penerangan yang mana tidak tahu apa VAPE ini. Berbalik kepada tajuk yang Naim nukilan adalah satu kerosakkan akhlak seorang wanita tambahan pula, jika ia seorang muslim. Perkara ini kena di pandang serius walaupun ia sebagai hak perivasi seseorang manusia tetapi ia melanggar salah laku seorang muslim. 

Salah laku seorang muslim? bagaimana pula?  Begini lah  jika seorang wanita islam menghisap vape di tempat awam di pandang oleh masyarakat  bukan Islam dan masyarakat Islam ia mengambarkan peribadi  penganut agama Islam.  Akan terdetik di dalam hati. Tak sangka akhlak wanita Islam lebih teruk daripada penganut agama lain. Ia memburukkan nama Islam itu sendiri. Pada diri mereka tak apa ini hak privasi kami.

Lebih teruk lagi merakam aksi menghisap vape tanpa rasa malu dan segan apabila di viralkan di media sosial.  Apakah maruah wanita Islam semakin terhakis akibat kepesatan dunia yang menutup iman di hati?



Berubah wahai wanita  jangan ulangi kesilapan yang lalu.peliharalah akhlak mu. 

 
 
Wallahualam
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS